Harian Metro

Kerani mahkamah diperintah bela diri tuduhan menipu

-

Seorang penjawat awam yang berkhidmat di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur diperintah untuk membela diri oleh Mahkamah Tinggi, semalam atas pertuduhan menipu seorang wanita berhubung wang denda dalam satu kes mahkamah, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah memerintah­kan demikian terhadap kerani, Shahnaz Khan Kamarzaman, 36, selepas membenarka­n rayuan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Aznika Mohd Anas ke atas keputusan Mahkamah Majistret sebelum ini yang melepas dan membebaska­nnya daripada pertuduhan itu.

Azman berkata, selepas meneliti rekod rayuan dan hujahan perayu dan responden, mahkamah memutuskan satu kes prima facie berjaya dibuktikan terhadap Shahnaz selaku responden pertama dan membatalka­n perintah Mahkamah Majistret pada 3 Jun 2016.

Mahkamah bagaimanap­un menolak rayuan pendakwaan ke atas seorang lagi tertuduh, Ahmad Mustakim Abdul Halim, 28, (responden kedua) seorang juruwang di tempat sama yang mana mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan tidak berjaya membuktika­n satu kes prima facie ke atas tertuduh.

Terdahulu, dalam penghakima­nnya, Azman berkata, dalam kes itu adalah jelas responden pertama mendorong SP1 iaitu mangsa untuk menyerahka­n wang dan memperdaya­kannya dengan memberikan satu resit palsu untuk dipercayai sebagai benar bayaran denda sudah dibuat.

Seorang peniaga perabot mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, semalam, atas tuduhan mencabul seorang remaja perempuan yang juga pekerjanya.

Tertuduh, Fazilan Abu Kasim, 49, membuat pengakuan itu di depan Majistret Norina Maludin selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunaka­n kekerasan jenayah terhadap remaja perempuan berusia 14 tahun satu bulan dengan mencabul kehormatan mangsa.

Perbuatan berkenaan didakwa dilakukan peniaga perabot itu di Taman Bachang Baru pada jam 4.30 petang, 10 November tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia