Harian Metro

Semangat bantu tangisan Rohingya

- Yuzmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

„ Ada penderma usung 600 helai selimut guna motosikal

Ada yang datang berulang-alik menghantar barangan dengan motosikal, ada juga orang bukan Islam menyumbang kerana simpati dengan apa yang berlaku, malah ratusan panggilan diterima sekretaria­t pusat pengumpula­n induk setiap hari untuk menghantar sumbangan.

Itu situasi di Masjid Kampung Delek, Klang yang dijadikan pusat pengumpula­n utama sumbangan misi Food Flotilla For Myanmar yang dijangka memulakan pelayarann­ya 31 Januari ini.

Dengan sasaran barangan keseluruha­n 2,000 tan, ia menunjukka­n semangat tinggi rakyat negara ini yang menghantar barangan di semua pusat di seluruh negara untuk diserahkan kepada etnik Rohingya dan masyarakat di Arakan, Myanmar.

Timbalan Ketua Logistik misi itu, Jamuliddin Elias berkata, ketika ini barangan makanan dan pakaian paling banyak disumbangk­an dengan beras 30 tan, pakaian (35 tan) serta peralatan lain seperti kanvas, meja dan kerusi turut diserahkan kepada sekretaria­t.

Menurutnya, di Selangor saja, 80 masjid dijadikan pusat pengumpula­n manakala negeri lain terdapat tidak kurang 20 masjid menerima barangan daripada rakyat Malaysia.

“Paling menyentuh hati, ada kalangan bukan Islam datang ke masjid kerana ingin membantu apa yang termampu. Kami terima, tidak ada masalah kerana ini sumbangan dan isu ini menyentuh setiap kumpulan masyarakat.

“Ada penderma berulang-alik dengan motosikal menghantar 600 helai selimut terpakai yang masih elok. Ini semangat yang kita semua perlu ada dan ia cukup dirasai ketika kami menguruska­n semua barangan di sini,” katanya.

Pusat itu dibuka sejak 5 Januari lalu dan setakat ini mengumpul ratusan barangan serta makanan dan dijangka bertambah selepas tarikh kapal berlepas ditunda dari 10 Januari ke satu tarikh lain.

Jamuliddin berkata, sasaran Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M), Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama Yayasan Amal Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan lain membawa semua sumbangan untuk diagihkan nanti.

“Setakat ini ada yang menghantar lampin pakai buang, susu serta barangan asas lain, kami terima. Sekretaria­t sediakan lori meronda di sekitar kawasan ini untuk mengambil sumbangan orang ramai.

“Bukan itu saja, pelbagai persatuan dan pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) serta Majlis Perbandara­n Klang (MPK) membantu membawa barangan ke Pelabuhan Klang,” katanya.

Jamuliddin berkata, setakat ini terdapat 10 sukarelawa­n menguruska­n sumbangan di masjid itu dan beliau menggalakk­an lebih ramai individu tampil untuk membantu.

 ??  ?? TIMBUNAN pakaian terpakai yang memenuhi di satu sudut masjid.
TIMBUNAN pakaian terpakai yang memenuhi di satu sudut masjid.
 ??  ?? ANGGOTA bomba memegang bekas mengandung­i fosforus pentoksida.
ANGGOTA bomba memegang bekas mengandung­i fosforus pentoksida.
 ??  ?? PENDERMA menaiki motosikal sumbang
600 helai selimut terpakai.
PENDERMA menaiki motosikal sumbang 600 helai selimut terpakai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia