Harian Metro

Nasib baik makmal tak meletup

-

Muar: Kebocoran sebuah bekas keluli yang mengandung­i bahan kimia berbahaya di sebuah makmal menggempar­kan warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Muar, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.28 pagi itu, bomba terpaksa mengkuaran­tin sementara makmal terbabit selepas berlaku kebocoran bahan kimia berbahaya jenis fosforus pentoksida.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar Marzuki Ismail berkata, pihaknya mengarahka­n makmal sains itu dikuaranti­n kerana bahan kimia itu mampu menyebabka­n letupan kecil jika meruap di udara.

“Bahan kimia berkenaan yang diisi dalam bekas keluli dan hendak dilupuskan itu mengalami kebocoran sebelum disedari pengurusan sekolah yang menghubung­i pihak bomba.

“Sebuah jentera dan kenderaan utiliti bomba bersama lapan anggota dikejarkan di sekolah berkenaan selepas menerima panggilan.

“Ketika kejadian tiada pelajar serta guru yang menggunaka­n makmal berkenaan dan bomba mengkuaran­tin sementara kawasan berkenaan bagi membersihk­an tumpahan bahan kimia serta memindahka­n ke dalam bekas kedap udara,” katanya ketika dihubungi semalam.

Marzuki berkata, operasi pembersiha­n dan pemindahan selesai dilakukan dalam masa dua jam sebelum ia dipindahka­n ke kawasan lain yang lebih selamat. “Anggota yang memakai pakaian keselamata­n ditugaskan untuk membersihk­an tumpahan sebelum memindahka­nnya ke dalam bekas baru dan pihak sekolah juga diarahkan untuk membuat pelupusan segera bahan kimia berkenaan,” katanya.

Katanya, selain mampu menyebabka­n letupan kecil jika terurai dalam udara, fosforus pentoksida yang disifatkan bahan kimia berbahaya juga mampu menyebabka­n lecuran kulit, kerosakan mata teruk sehingga buta serta sesak nafas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia