Harian Metro

Berang barang terabai Simpan di tempat berbumbung

- Rosli Ilham am@hmetro.com.my

„ Wanita dakwa kakitangan syarikat kurier biadab jawab masalah pelanggan

“Apa susah kalau barang hilang, insurans ada,” begitu penjelasan kakitangan syarikat perkhidmat­an kurier, di sini, menyebabka­n pelanggann­ya, Wan Nor Azlina Wan Ali, 31, berang sebelum merakam video dan ditularkan ke media sosial, 5 Januari lalu.

Berikutan itu, rakaman video masing-masing berdurasi dua minit enam saat dan dua minit sembilan saat yang dimuat naik wanita berkenaan di akaun Facebook Wan Lina Wan Ali menarik perhatian ramai, sekali gus menerima pelbagai komen daripada netizen.

Wan Nor Azlina yang juga pemilik butik berkata, dia pergi ke syarikat penghantar­an kurier terbabit pada hari sama untuk bertanya mengenai barang dikurier kepadanya dan sepatut diterimany­a sehari sebelum itu.

Katanya, dia sepatutnya menerima kurier majalah ditempah daripada sebuah syarikat pencetakan di Kuala Lumpur bernilai RM2,000.

“Apabila kurier terbabit tidak diterima pada 4 Januari lalu, keesokan harinya saya dan suami pergi ke syarikat untuk bertanya mengenainy­a.

“Saya bertanya dengan baik dan tidak terlintas mahu bergaduh sebelum seorang kakitangan wanita di situ memaklumka­n barangan saya diterima pihaknya dan dibawa van penghantar­an untuk dihantar ke kedai saya,” katanya di butiknya di Jalan Baru Pak Sabah, di sini, semalam.

Menurutnya, dia kembali ke keretanya untuk pulang ke butik, tetapi dia ternampak seperti barang kuriernya berada di bahagian tepi di belakang premis syarikat terbabit.

“Saya terus keluar dari kereta dan menuju ke tempat barangan terbabit sebelum mendapati memang benar ia kotak barangan saya dan didapati bahagian atasnya basah terkena hujan.

“Saya terus ambil dan masuk semula ke dalam pejabat syarikat terbabit dan sekali lagi meminta penjelasan daripada kakitangan wanita itu mengenainy­a.

“Jawapan diberi membuatkan saya tidak berpuas

Dungun: Syarikat penghantar­an kurier, di sini, yang didakwa mengabaika­n barang pelanggan mereka oleh seorang pemilik butik hingga video wanita itu mengamuk tular di media sosial menafikan sengaja membiarkan barangan kiriman itu di luar premis.

Pengurus syarikat penghantar­an kurier berkenaan, Wan Zulkarnain Wan Long ketika dihubungi berkata, semua barangan pelanggan seperti dirakam dalam video wanita itu ditempatka­n di kawasan penyimpana­n barang berbumbung untuk dibuat pemeriksaa­n sebelum penyerahan.

Menurutnya, ada kakitangan syarikat berkenaan yang mengawasi dan bukan terbiar begitu sahaja seperti didakwanya.

“Mungkin ketika rakaman dibuat, pintu belakang tertutup akibat ditiup angin menyebabka­n pengadu mendakwa tiada sesiapa mengawasin­ya,” katanya.

Menurutnya, sepanjang beroperasi selama 24 tahun di situ, tiada sebarang kejadian barangan pelanggan dilaporkan hilang dan syarikatny­a mengutamak­an aspek keselamata­n kurier terbabit. hati selepas penjelasan­nya sebelum ini bahawa barang dalam perjalanan untuk penghantar­an tidak benar kerana masih berada di kawasan premis itu serta dalam keadaan tanpa pengawasan sekali gus berisiko hilang atau dicuri,” katanya.

Menurutnya, dia naik angin apabila wanita terbabit mendakwa penghantar­an barangan pelanggan bukan tugasnya dan mendakwa kurier pelanggan juga sudah diinsurans­kan.

Katanya, kakitangan syarikat terbabit juga memberi alasan van penghantar­an rosak dan pihaknya perlu melakukan dua kali penghantar­an kepada pelanggan.

“Saya tidak mahu memperbesa­rkan perkara itu, tetapi cara dia (kakitangan) bercakap dan memberi penjelasan itu membuatkan saya tidak berpuas hati.

“Kalau dia minta maaf kepada saya juga cukup meredakan kemarahan, tetapi tindakanny­a seperti tidak mahu bertanggun­gjawab menyebabka­n saya merakam aksinya sebelum ditularkan di Facebook,” katanya.

Menurutnya, beberapa jam selepas dia memuat naik video berkenaan, ada seorang lelaki yang mendakwa pengurus syarikat penghantar­an kurier berkenaan menghubung­inya dan memintanya menarik balik video serta dakwaan dibuatnya di media sosial.

“Dia minta saya memadamkan­nya dan sekiranya saya tidak berbuat demikian, dia akan membuat laporan polis.

“Saya tidak padamkanny­a sebaliknya terus ke Balai Polis Dungun untuk membuat laporan,” katanya.

 ??  ?? WAN Nor Azlina menunjukka­n laporan polis yang dibuatnya selepas tidak berpuas hati dengan penjelasan kakitangan sebuah syarikat penghantar­an kurier.
WAN Nor Azlina menunjukka­n laporan polis yang dibuatnya selepas tidak berpuas hati dengan penjelasan kakitangan sebuah syarikat penghantar­an kurier.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia