Harian Metro

‘Dia sakit saya nangis’

- Asyikin.mat@hmetro.com.my

„ Ibu budak hidap jantung berlubang buntu pembedahan RM40,000 ditangguh

ika ada wang mencukupi, hari ini saya hantar anak ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani pembedahan.

“Tetapi, kerana tiada wang menyebabka­n ia tertangguh sehingga kini,” demikian luahan Intan Fatihah Muda, 27.

Intan Fatihah adalah ibu kepada Muhammad Baqriee al-Zakir Muhammad Ayob berusia tujuh tahun yang Kuala Kangsar: Belas kasihan terhadap kucing terbiar membuatkan dua beradik wanita warga emas bukan sahaja sanggup mengutip haiwan itu untuk dibela, malah bersilih ganti memberi makan kepada kucing terbiar berhampira­n kawasan Stesen Bas Kuala Kangsar hampir setiap hari.

Masitah Jaafar, 63, serta adiknya, Zaleha Jaafar, 57, yang mengambil upah sebagai penjaga tandas awam di stesen bas itu silih berganti memberi makan kepada haiwan itu khususnya ketika pertukaran waktu kerja di antara mereka berdua termasuk di waktu malam.

“Setiap kali pergi bekerja, saya dan adik saya pasti menyediaka­n makanan kepada kucing hingga mereka seakan-akan boleh mengecam kereta yang saya pandu dari jauh lalu datang menghampir­i saya untuk meitu, menghidap penyakit jantung berlubang sejak dilahirkan, tetapi tidak dapat menjalani pembedahan kerana masalah kewangan.

Selain itu, Muhammad Baqriee al-Zakir mempunyai dua masalah kesihatan lain iaitu usus kecil dan saluran darah berlubang.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia menyedari risiko bakal terjadi terhadap anaknya disebabkan tidak menjalani pembedahan, malah doktor memberitah­u kemungkina­n Muhammad Baqriee al-Zakir boleh meninggal dunia sebelum mencapai usia 20 tahun.

“Memang saya sedih teringat kata doktor, tetapi saya pendamkan perasaan kerana buntu memikirkan bagaimana mahu mendapatka­n wang.

“Kos pembedahan jantung berlubang anak sebesar syiling 10 sen dianggarka­n

RM40,000,” katanya kepada

Harian Metro, semalam.

Katanya, sehingga kini dia tidak tahu bila pembedahan boleh dilakukan dan naluri keibuannya tersentuh setiap kali anaknya mengadu sakit dada jika kepenatan.

Mengimbau kembali kisah sedihnya tujuh tahun lalu, Intan Fatihah berkata, Muhammad Baqriee al-Zakir dilahirkan awal dua bulan dan dikesan menghidap penyakit jantung berlubang selepas seminggu dilahirkan berikutan degupan jantungnya tidak normal.

“Berat badannya hanya 1.1 kilogram ketika dilahirkan dan dimasukkan ke dalam inkubator selama tiga bulan.

“Itu satu tempoh getir dan saya tidak sanggup melihat keadaannya ketika dirawat dalam inkubator,” katanya.

Katanya, sepatutnya Muhammad Baqriee al-Zakir perlu berada lebih lama dalam inkubator, tetapi memintanya dikeluarka­n bagi membolehka­nnya menjaga anak di rumah.

“Kini anak bergantung dengan makanan tambahan seperti habatussau­da dan air gamat serta minum susu khas.

“Saya berharap anak dibedah supaya dia sembuh dan membesar seperti kanak-kanak seusia dengannya,” katanya.

Bagi yang ingin membantu, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank 1628980100­73 atas nama Intan Fatihah Muda. patah kaki dan tangan terkoyak.

“Dalam rumah, saya membela 20 ekor. Itu tidak termasuk (kucing) yang dilepaskan di luar rumah yang sering balik untuk makan,” katanya.

Ditanya mengenai kos perbelanja­an memberi makan kucing berkenaan, Masitah yang lebih mesra dengan panggilan Mak Tah berkata, dia kebiasaann­ya membelanja­kan beras seberat 10 kilogram bagi kegunaan sebulan.

“Saya selalu sarankan kepada mereka yang membela kucing agar kasi atau mandulkan kucing yang dibela daripada membuang haiwan kesayangan Rasulullah SAW itu jika tidak ingin menjaga anak kucing yang baru lahir. Jangan pula dibuang hingga nasib mereka tidak terbela,” katanya.

 ??  ?? INTAN Fatihah bersama suaminya Muhammad Ayob Abdul Samad melihat keadaan Muhammad Baqriee.
INTAN Fatihah bersama suaminya Muhammad Ayob Abdul Samad melihat keadaan Muhammad Baqriee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia