Harian Metro

Penganggur khianat kereta bapa didenda RM1,800

-

Melaka: Seorang penganggur diperintah membayar denda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, kerana menyebabka­n kerugian dan kerosakan pada kereta milik bapanya.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Norina Maludin selepas tertuduh, Muhamed Zainudin Mohamed Hussein, 28, membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan dibacakan terhadapny­a oleh jurubahasa.

Berdasarka­n pertuduhan, Muhamed Zainudin didakwa melakukan khianat terhadap harta dan menyebabka­n kerugian serta kerosakan kereta Proton Saga milik Mohamed Hussein Abdul Muthalif, 60, dianggarka­n berjumlah RM5,000 di depan rumah di Bukit Katil pada jam 8 malam, 18 November 2012.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Norina memerintah­kan tertuduh membayar denda RM1,800 dan jika gagal, dia boleh dipenjara selama dua bulan.

Terdahulu, di mahkamah berasingan, Muhamed Zainudin mengaku tidak bersalah di depan Majistret Mohd Firdaus Saleh atas pertuduhan mencederak­an Mohamed Hussein.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di lokasi sama pada jam 6.30 petang, 30 Disember tahun lalu, dengan membaling topi keledar menyebabka­n bapanya cedera.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali. Timbalan Pendakwa Raya Shazreen Nadia Saaban mencadangk­an mahkamah menawarkan jaminan RM5,000 kepada tertuduh.

Namun, ketika membuat rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memberitah­u mahkamah dia mempunyai masalah mental.

Mohd Firdaus memerintah­kan tertuduh menjalani pemeriksaa­n mental di Hospital Tampoi, Johor mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah dan menetapkan 7 Februari depan untuk serahan laporan mental.

 ??  ?? MUHAMED Zainudin keluar dari Mahkamah Majistret Ayer Keroh.
MUHAMED Zainudin keluar dari Mahkamah Majistret Ayer Keroh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia