Harian Metro

Gudang DVD ‘panas’

- Nurul Hidayah Bahaudi nurul.hidayah@hmetro.com.my

Judul filem lucah, antaranya Joget Atas Meja dan Cinta Di Hotel dijadikan pelaris oleh sindiket pengedaran cakera padat digital (DVD) lucah yang masih mendapat permintaan.

Itu terbukti apabila sindiket yang turut menjual DVD filem cetak rompak terus bertahan susulan serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Baru Kajang, di sini, petang semalam.

Dalam serbuan, sembilan pegawai dan anggota penguat kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Selangor itu, sebanyak 15,000 DVD lucah dan filem cetak rompak bernilai RM133,000 dirampas.

Ketua Pegawai Penguatkua­sa KPDNKK Selangor, Abdul Rosik Yakub berkata, serbuan dilakukan selepas sebulan risikan terhadap rumah yang dijadikan sebagai stor menyimpan dan menghasilk­an DVD cetak rompak itu.

“Kami menemui lebih 15,000 DVD cetak rompak merangkumi filem antarabang­sa pelbagai genre, termasuk filem lucah bernilai RM133,000 yang disembunyi­kan di dalam sebuah bilik di kediaman itu.

“Hasil serbuan, kami menahan tiga lelaki warga

„ KPDNKK serbu rumah teres simpan 15,000 cakera padat digital lucah bernilai RM133,000

tempatan berusia antara 28 hingga 60 tahun untuk tindakan lanjut,” katanya.

Selain DVD cetak rompak, pihaknya turut merampas komputer riba, pemain DVD, dan buku resit bagi transaksi jualan.

Abdul Rosik berkata, sindiket cetak rompak itu mengaut keuntungan berganda apabila hanya mengeluark­an modal yang kecil dengan menjual satu unit DVD pada harga RM6.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Hak Cipta (AHC) 1987 yang memperuntu­kkan hukuman denda RM2,000 bagi setiap unit DVD cetak rompak atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan,” katanya.

 ??  ?? PEGAWAI KPDNKK memeriksa DVD cetak rompak di sebuah rumah teres dua tingkat di Kajang, semalam.
PEGAWAI KPDNKK memeriksa DVD cetak rompak di sebuah rumah teres dua tingkat di Kajang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia