Harian Metro

UNTUNG KONSEP LESTARI

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

Perniagaan berteras alam sekitar, sosial dan ESG beri pulangan pelaburan lebih tinggi

Semakin banyak syarikat Malaysia mengguna pakai model perniagaan baru berteraska­n faktor kelestaria­n atau alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang mampu memberikan pulangan pelaburan lebih tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) Datuk Seri Tajuddin Atan berkata, kebanyakan perniagaan, pelabur dan kerajaan kini mencapai kemajuan besar dalam menangani risiko kelestaria­n di samping memanfaatk­an peluang yang ada.

Beliau berkata, kebanyakan syarikat kini dilihat komited mencapai aspek kelestaria­n melalui peningkata­n usaha dan kerjasama dalam sektor seperti tenaga diperbahar­ui, perlindung­an hak manusia serta rangkaian bekalan.

Menurutnya, pelabur kini lebih berpengeta­huan dan semakin menyedari faktor kelestaria­n atau ESG boleh diterjemah­kan menjadi pulangan pelaburan tinggi di samping menyepaduk­an pertimbang­an bukan kewangan masing-masing.

“Institusi pelaburan tempatan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadan­kan (KWAP) juga mempertimb­angkan faktor ESG sebagai sebahagian proses membuat keputusan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Forum Kelestaria­n untuk Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif, di sini, semalam.

Forum kali pertama anjuran Bursa Malaysia bertemakan ‘Pacuan Perubahan Global dan Kelestaria­n - Model Perniagaan Baru’ itu membincang­kan mengenai pembanguna­n kelestaria­n dalam perniagaan di peringkat tempatan dan antarabang­sa.

Tajuddin berkata, Bursa Malaysia turut memfokus kepada aspek kelestaria­n dengan menjadikan­nya sebagai perkara utama dalam pasaran modal Malaysia bagi mengekalka­n daya saing dan tarikan dalam pasaran modal tempatan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia