Harian Metro

MARA jual satu hartanah di Australia

„ Muktamad penjualan bangunan pejabat di 51 Queen Street, Melbourne pada harga RM76j

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

MARA Incorporat­ed Sdn Bhd (MARA Inc) menjual satu daripada empat hartanahny­a di Australia dengan harga jualan lebih tinggi berbanding harga belian bagi menyelesai­kan hutang dengan dua bank di negara itu.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa berkata, MARA Inc memuktamad­kan penjualan bangunan pejabat di 51 Queen Street, Melbourne, Australia yang dibeli pada 2014 dengan harga RM76.75 juta (A$23.4 juta), baru-baru ini.

Menurutnya, pelunasan hutang serta penjualan hartanah itu yang juga sebahagian daripada pelan rasionalis­asi MARA Inc, sekali gus meletakkan syarikat pada kedudukan kewangan lebih kukuh ketika ini.

“Kelulusan ini diberikan atas dua syarat iaitu aset itu dilupuskan pada harga yang menguntung­kan dan keuntungan daripada jualan mesti melangsaik­an semua hutang dengan dua bank di Australia.

“Kita beli pada harga kira-kira A$21 juta (RM68.4 juta), kita berjaya jual A$23.4 juta, sekali gus kita catat keuntungan serta melangsaik­an semua hutang dengan bank Australia.

“Baki tiga lagi aset pelaburan hartanah kita di Australia akan dikekalkan dengan nilai ketiga-ketiga aset itu ketika ini dianggarka­n kira-kira A$83 juta atau sekitar RM300 juta,” katanya pada sidang media di Menara MARA di sini, semalam.

Beliau berkata, bangunan pejabat yang diuruskan Savills (Vic) Pty Ltd itu merangkumi 12 tingkat ruang pejabat dan mempunyai ruang niaga moden di tingkat bawah yang disewakan kepada 24 penyewa daripada pelbagai jenis perniagaan.

Menurutnya, urusan penjualan bangunan itu dilaksanak­an secara bidaan terbuka dikendalik­an sepenuhnya oleh Colliers Internatio­nal, firma ejen hartanah terkenal di Melbourne.

Katanya, langkah penjualan itu sejajar dengan strategi pelaburan jangka panjang MARA Inc dan pada masa ini, entiti itu masih memiliki pelaburan hartanah di Melbourne dan London.

Menurutnya, penjualan hartanah itu tidak membabitka­n sebarang kerugian, malah MARA Inc memperoleh keuntungan dari segi pertukaran mata wang asing selain harga jualan lebih tinggi.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata, Pelaburan MARA Berhad (PMB) juga mencatat keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM18.7 juta pada tahun lalu berbanding RM4.7 juta pada 2015.

Menurutnya, dana permulaan pendidikan diuruskan PMB kini berjumlah RM751 juta, meningkat daripada suntikan modal sebanyak RM700 juta.

Selain itu, katanya, sebanyak 25 anak syarikat MARA juga menjana pendapatan sebanyak RM1.3 bilion serta keuntungan sebelum cukai mencecah RM31 juta pada tahun lalu.

 ??  ?? PENJUALAN hartanah di Melbourne sebahagian daripada proses rasionalis­asi MARA.
PENJUALAN hartanah di Melbourne sebahagian daripada proses rasionalis­asi MARA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia