Harian Metro

AmBank tawar khidmat ejen ASNB

-

Kuala Lumpur: Kumpulan AmBank kini mula menawarkan perkhidmat­an sebagai ejen Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Pengerusin­ya Tan Sri Azman Hashim berkata, pelanggan AmBank kini boleh melanggan produk ASNB di mana-mana cawangan AmBank dan saluran pengedaran di seluruh negara.

“Ini kerjasama pertama antara kedua-dua institusi dan berharap lebih banyak kerjasama dapat dijalin pada masa depan,” katanya pada majlis pelancaran yang diadakan di sini, kelmarin.

Menurutnya, sebagai ejen ASNB, pihaknya menawarkan semua unit amanah ASNB termasuk Amanah Saham Bumiputera (ASB), ASB 2, Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020), Amanah Saham Malaysia (ASM), Amanah Saham Didik (ASD), Amanah Saham 1Malaysia (AS1M), Amanah Saham Nasional (ASN), ASN 2, ASN 3 Imbang, Amanah Saham Gemilang Kesihatan, Pendidikan dan Persaraan.

“ASNB menyediaka­n suatu ruang kepada rakyat Malaysia untuk menyimpan dan melabur dalam instrumen jangka panjang yang stabil dengan pulangan konsisten.

“Kami gembira menjadi sebahagian daripada perkhidmat­an yang ditawarkan ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, pelantikan Kumpulan AmBank menjadikan ia sebagai ejen kelapan yang dilantik untuk menawarkan perkhidmat­an berkenaan.

“AmBank kini ejen korporat kelapan untuk mengedarka­n produk ASNB yang ditawarkan di 175 cawangan AmBank seluruh negara.

“Kami percaya hubungan perniagaan ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi dalam menyediaka­n pelabur liputan produk dan perkhidmat­an yang terbaik,” katanya.

Ini kerjasama pertama antara kedua-dua

institusi

Azman Hashim

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia