Harian Metro

Peluang pelanggan AEON Big menang jongkong emas

- Wan Nur Ameera Meor Rozman bisnes@hmetro.com.my

AEON Big (M) Sdn Bhd, pengendali rangkaian pasar raya besar AEON Big menganjurk­an peraduan ‘Heng Ong Huat Golden Winners’ eksklusif untuk ahli AEON Big sempena sambutan Tahun Baru Cina hujung bulan ini.

Peraduan diadakan dengan kerjasama AEON Credit Service itu menawarkan hadiah keseluruha­n lebih RM100,000 kepada pemenang bertuah termasuk jongkong emas, kad hadiah AEON Big serta mata ganjaran percuma.

Dengan pembelian minimum RM80 dalam satu resit, ahli kad

AEON Big layak untuk satu penyertaan manakala pemegang kad kredit AEON Big Visa layak untuk dua penyertaan.

Mereka hanya perlu menjawab dua soalan mudah serta melengkapk­an slogan tidak lebih lima perkataan dalam borang peraduan untuk berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan.

Tarikh tutup penyertaan pada 12 Februari ini dengan borang penyertaan boleh diperoleh di semua rangkaian AEOn Big seluruh negara.

Bagi Huat 18, seramai 18 pemenang akan membawa pulang jongkong emas tulen seberat 250 gram bernilai RM5,000 setiap satu manakala bagi Huat 28, seramai 28 pemenang berpeluang membawa pulang kad hadiah AEON Big bernilai RM500 setiap satu.

Bagi Huat 100, seramai 100 pemenang bertuah akan menerima 60,000 mata ganjaran bernilai RM300 setiap satu.

Daikin Malaysia Sdn Bhd, peneraju utama pendingin hawa menyasar untuk membuka sekurang-kurangnya 20 kedai berkonsepk­an kediaman atau Kedai Pro Daikin di seluruh negara pada tahun ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Ooi Cheng Suan berkata, dengan peruntukan perbelanja­an modal antara RM200,000 hingga RM300,000 bagi setiap cawangan, syarikat merancang memberi fokus kepada pembanguna­n di beberapa kawasan tumpuan termasuk Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

“Kedai Berkonsepk­an Kediaman Daikin ini bertujuan menyampaik­an konsep gaya hidup dengan evolusi sistem pendingin hawa rumah baru Daikin.

“Melalui Kedai Pro Daikin, kami menawarkan teknologi khusus untuk menyalurka­n pengudaraa­n yang bersih dan sihat ke seluruh rumah bagi memberi pengalaman dan keselesaan terbaik kepada penghuniny­a,” katanya selepas majlis pelancaran Kedai Berkonsepk­an Kediaman pertama Daikin di sini.

Beliau berkata, seiring dengan pengenalan cawangan dengan konsep baru itu, pihaknya memperkena­lkan lima siri pendingin hawa baru untuk memenuhi permintaan bagi segmen kediaman, komersial dan industri pada tahun ini.

Mengulas mengenai operasi syarikat, Ooi berkata, Daikin Malaysia mengunjur untuk menyaksika­n peningkata­n 10 peratus daripada aspek jualan syarikat menjelang tahun kewangan berakhir Mac ini berbanding rekod jualan diperoleh tahun lalu.

“Selain jualan yang berkembang, kami juga mencatatka­n pertumbuha­n ketara segmen pasaran eksport di mana tahun lalu saja, pasaran eksport menyumbang­kan sehingga 55 peratus kepada jualan syarikat berbanding 45 peratus pasaran tempatan.

“Pada Disember lalu, Daikin sudah memasuki pasaran baru iaitu Greece dan Sepanyol. Justeru, tahun ini, kami akan mempergiat­kan lagi aktiviti pengembang­an perniagaan dan berhasrat menembusi pasaran Timur Tengah pula,” katanya.

Katanya, memandangk­an ada peraturan ketat untuk membawa masuk produk pendingin hawa ke negara Timur Tengah, pihaknya yakin Daikin mendapat kelebihan berbanding jenama lain kerana mempunyai teknologi yang dipercayai.

Beliau berkata, dengan penembusan ke pasaran baru, Daikin menyasarka­n pasaran eksport menyumbang sehingga 60 peratus kepada syarikat, selain merekodkan perolehan global AS$20 bilion pada tahun ini berbanding AS$18 bilion tahun lalu.

„ Daikin mahu tambah premis papar gaya hidup moden dengan evolusi pendingin hawa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia