Harian Metro

Tourism Malaysia unjur 31.8 juta pelancong

-

Kuala Lumpur: Lembaga Penggalaka­n Pelanconga­n Malaysia (Tourism Malaysia) optimis industri pelanconga­n tempatan akan menyumbang lebih 9.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan unjuran menerima 31.8 juta pelancong tempatan dan asing pada tahun ini.

Tahun lalu, industri pelanconga­n negara mencatatka­n 9.6 peratus sumbangan kepada KDNK dengan kehadiran 30.5 juta pelancong yang membelanja­kan RM103 bilion.

Pengarah Bahagian Promosi Domestik Tourism Malaysia, Iskandar Mirza Mohd Yusof berkata, unjuran itu mampu dicapai bersandark­an beberapa faktor termasuk kelemahan nilai ringgit yang membantu lebih ramai pelancong asing datang berkunjung.

Beliau berkata, ia menggalakk­an lebih ramai rakyat tempatan memilih untuk bercuti dalam negara berbanding melawat negara asing, sekali gus membantu merancakka­n industri pelanconga­n domestik.

“Walaupun ada cabaran ekonomi kebelakang­an ini, namun industri pelanconga­n tidak begitu terkesan, sebaliknya lebih ramai pelancong asing memilih menjadikan Malaysia sebagai destinasi percutian mereka.

“Syarikat tempatan dalam industri ini juga menerima manfaat terutama syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya.

Pada 2014, industri pelanconga­n menjadi sektor keenam terbesar menyumbang kepada KDNK bernilai RM161 bilion atau

14.9 peratus manakala dari segi pertukaran asing, ia berada pada kedudukan kedua terbesar yang mencatatka­n RM72 bilion.

Menurutnya, industri pelanconga­n bukan saja menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi negara, malah menjadi sektor yang mencipta peluang pekerjaan. Pada 2015, industri berkenaan menawarkan 2.5 juta pelbagai peluang pekerjaan.

 ??  ?? ISKANDAR Mirza
ISKANDAR Mirza

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia