Harian Metro

KONDOM JADI PENYELAMAT

- Agensi

Doktor guna alat pencegah kehamilan untuk tarik keluar penutup botol tersangkut dalam perut pesakit

Seorang lelaki China yang tertelan penutup botol berjaya diselamatk­an selepas pembedahan selama hanya lima minit dengan hanya menggunaka­n kondom untuk mengeluark­an objek berkenaan.

Lelaki dikenali sebagai Liu, 40, dari Lianyungan­g itu berkata, dia tertelan penutup botol dibuat daripada besi itu secara tidak sengaja kerana minum terlalu cepat ketika majlis perjumpaan semula dengan rakan lamanya pada 6 Januari lalu, lapor People’s Daily Online.

Doktor memutuskan menggunaka­n kondom kerana ia cukup nipis untuk dimasukkan ke dalam badan pesakit dan mengelak luka pada esofagus serta ususnya memandangk­an bucu tajam pada penutup botol itu.

Liu dilaporkan mengalami sakit perut selepas menelan penutup botol itu dan dibawa ke unit kecemasan di Hospital Rakyat di Lianyungan­g, di wilayah Jiangsu.

Imbasan x-ray menunjukka­n penutup botol bergerigi daripada botol bir tersangkut di dalam perut Liu.

Ketua Jabatan Gastroente­rologi hospital itu memutuskan menggunaka­n kondom untuk mengeluark­an penutup botol berkenaan.

“Kami berdepan risiko penutup bergerigi itu mencalar dan mencederak­an esofagus dan ususnya jika menggunaka­n endoscopi kerana tiubnya agak tebal.

“Manakala pembedahan biasa pada perut pula berkemungk­inan menyebabka­n kecederaan lebih teruk kepada pesakit, termasuk pendarahan dalaman.

“Disebabkan itu saya terfikir menggunaka­n kondom yang diletakkan pada hujung endoskopi dan dimasukkan melalui tekaknya ke perut sebelum penutup berkenaan secara perlahan-lahan disangkutk­an pada penutup itu,” katanya.

Percaya atau tidak, prosedur itu cuma mengambil masa kurang lima minit untuk menarik penutup botol berkenaan keluar.

Pendekatan Dr Ju itu memang lain daripada yang lain untuk seorang pengamal perubatan di

China.

Menurut akhbar Yangzi Evening News, dia sebelum ini bekerja sebagai jurutera elektrik sebelum belajar perubatan pada 1978 seterusnya dilihat memberinya pendekatan berbeza daripada doktor lain.

 ??  ??
 ??  ?? DOKTOR menggunaka­n kondom untuk menarik keluar penutup botol itu secara selamat. - DM
DOKTOR menggunaka­n kondom untuk menarik keluar penutup botol itu secara selamat. - DM
 ??  ?? KEADAAN penutup botol
berkenaan di dalam perut
Liu. Liu. - - DM DM
KEADAAN penutup botol berkenaan di dalam perut Liu. Liu. - - DM DM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia