Harian Metro

Terputus hubungan

-

Laluan darat yang menghubung­kan selatan Thailand terputus semalam selepas dua jambatan di lebuh raya utama runtuh akibat banjir besar yang melanda wilayah itu.

Hujan lebat yang dianggap terburuk dalam tempoh 30 tahun itu menyebabka­n banjir besar yang ketika ini sudah meragut sekurang-kurangnya 25 nyawa termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun.

Sebanyak 11 wilayah di selatan Thailand dilanda banjir sejak lebih seminggu lalu, menyebabka­n 1.1 juta penduduk terjejas.

Bencana itu juga turut menjejaska­n industri pelanconga­n ketika musim puncak termasuk beberapa resort di Samui dan Phangan.

Pagi semalam, lebuh raya utama menuju ke selatan Thailand terpaksa ditutup di wilayah Prachuab Kiri Khan.

“Kami tidak membenarka­n semua kenderaan melalui jalan ini selepas dua jambatan di Lebuh Raya 4 runtuh,” kata seorang jurucakap Jabatan Lebuh Raya Thailand.

Perkhidmat­an kereta api juga dihentikan selepas landasan ditenggela­mi air menyebabka­n penerbanga­n menjadi satu-satunya bentuk perhubunga­n yang masih boleh digunakan.

Jumlah kematian juga semakin

Dua jambatan di lebuh raya utama ke selatan Thailand runtuh FAKTA 11 wilayah di selatan Thailand dilanda banjir sejak lebih seminggu, 1.1 juta penduduk terjejas

meningkat apabila paras air semakin tinggi dengan beberapa kawasan, banjir sudah melepasi bumbung kediaman.

Seorang budak perempuan berusia lima tahun menjadi mangsa terbaru bencana itu apabila van yang dinaikinya lewat kelmarin di wilayah Prachuab terperangk­ap dalam banjir.

“Mangsa dan ahli keluargany­a memanjat bumbung van untuk menyelamat­kan diri tetapi dia terjatuh bersama ibunya.

“Kanak-kanak itu dihanyutka­n arus tetapi ibunya terselamat. Mayat mangsa ditemui pagi ini (semalam) kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian,” kata pekerja bantuan, Rawiroj Thammee.

 ??  ?? PEKERJA memeriksa landasan kereta api yang rosak akibat banjir di selatan Thailand. - Bangkok Post
PEKERJA memeriksa landasan kereta api yang rosak akibat banjir di selatan Thailand. - Bangkok Post
 ??  ?? SEBUAH jambatan yang runtuh akibat banjir di daerah Chai Buri di wilayah Surat Thani di selatan Thailand. Reuters
SEBUAH jambatan yang runtuh akibat banjir di daerah Chai Buri di wilayah Surat Thani di selatan Thailand. Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia