Harian Metro

Ubah draf perlembaga­an

- Reuters

Raja Thai minta pindaan mengenai kuasa diraja

Pejabat Raja Thailand, Maha Vajiralong­korn meminta beberapa perubahan dalam draf perlembaga­an berkaitan kuasa diraja, dan kerajaan bersetuju dengan cadangan itu, kata Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha semalam.

Perlembaga­an baru yang disokong tentera itu adalah tumpuan utama junta bagi mengadakan pilihan raya umum untuk mengembali­kan demokrasi di Thailand.

Perlembaga­an itu diluluskan dalam satu pungutan suara tahun lalu dan menunggu pengesahan Vajiralong­korn yang menaiki takhta pada Disember lalu selepas kematian bapanya Raja Bhumibol Adulyadej.

Thailand mengamalka­n pemerintah­an raja berperlemb­agaan dan campur tangan politik oleh raja sangat jarang.

“Permintaan itu menyatakan ada tiga hingga empat isu yang perlu dibaiki bagi mengekalka­n kuasa raja.

“Isu itu tiada kena mengena dengan hak dan kebebasan rakyat,” kata Prayuth kepada wartawan selepas mesyuarat Kabinet. Menurut dokumen kerajaan yang dilihat Reuters, cadangan perubahan termasukla­h keperluan untuk raja melantik pemangku raja ketika dia berada di luar negara.

Sebelum ini, Vajiralong­korn menghabisk­an kebanyakan masanya di luar negara.

Vajiralong­korn kembali ke Thailand dari Jerman untuk mewarisi takhta selepas bapanya meninggal dunia 13 Oktober lalu.

Menurut Prayuth, perubahan itu mungkin mengambil masa hingga tiga bulan kerana kerajaan terlebih dahulu perlu membuat pindaan pada perlembaga­an sementara sedia ada sebelum perubahan pada draf perlembaga­an baru dapat dibuat.

Bagaimanap­un, katanya, proses itu tidak akan mengubah garis masa untuk pilihan raya umum yang dijadualka­n hujung tahun ini.

 ??  ?? VAJIRALONG­KORN
VAJIRALONG­KORN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia