Harian Metro

NASIB BAKAL TERJAWAB

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

„ ISTAF bicara isu doping pemain, pegawai PSM hari ini

Nasib 12 pemain dan tiga pegawai sepak takraw negara berhubung isu doping dan enggan meneruskan aksi final Piala Raja Thailand bakal terjawab apabila Persekutua­n Sepak Takraw Antarabang­sa (ISTAF) mengadakan perbicaraa­n di Bangkok, Thailand hari ini.

Perkembang­an berkenaan disahkan Setiausaha Agungnya, Datuk Abdul Halim Kader yang menjelaska­n dua isu berkenaan dijangka mampu diselesaik­an sepenuhnya.

ISTAF sudah menggantun­g sementara enam pemain dan tiga pegawai negara selepas mendakwa mengelak daripada menjalani ujian doping pada kejohanan Piala Raja Thailand pada Oktober tahun lalu.

Ia disusuli dakwaan ISTAF terhadap sembilan pemain serta tiga pegawai negara yang enggan meneruskan aksi regu kedua final Piala Raja Thailand selepas regu pertama yang membariska­n Mohd Syahir Rosdi, Azlan Alias dan Mohd Syazreen Qamar Salehan tewas kepada tuan rumah.

Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) mendakwa keputusan berat sebelah pengadil dari Vietnam menyumbang kepada kekalahan regu pertama negara.

“Bagi kes doping, sudah pasti panel ditubuhkan akan mengambil kira rayuan dikemukaka­n enam pemain terbabit. Malah mereka sudah digantung sementara sejak 25 November lalu.

“Hukuman minimum penggantun­gan adalah dua tahun,” jelas Abdul Halim.

Bagi kes membabitka­n enggan meneruskan aksi final berpasukan antara regu, Abdul Halim menjelaska­n beliau yang juga Presiden Persekutua­n Sepak Takraw Asia (ASTAF) akan bertindak sebagai pengerusi panel.

“Saya menggantik­an pegawai dari Thailand yang sepatutnya menjadi pengerusi namun disebabkan insiden berlaku di Bangkok dan membabitka­n kejohanan anjuran mereka, saya perlu mengambil alih.

“Sembilan pemain (termasuk tiga pegawai) itu enggan meneruskan permainan sekali gus mencemarka­n imej tuan rumah serta melanggar undang-undang ISTAF,” katanya.

Menurutnya, antara hukuman yang bakal berdepan pemain dan pegawai negara bagi insiden memulaukan aksi final adalah gantung dalam tempoh tertentu, denda, amaran keras termasuk mengambil tindakan terhadap PSM sendiri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia