Harian Metro

Mengaum bersama SCK

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

„ Affendi tekad lonjak kembali pasukan lama

Meninggalk­an Harian Metro Y-TEQ SCK pada 2015 untuk bersama PETRONAS Yamaha-CKJ, khidmat Affendi Rosli kembali ditagih pasukan itu.

Affendi kini bakal kembali bersama Harian Metro Y-TEQ SCK untuk mengharung­i musim baharu 2017.

Katanya, impiannya bersama Yamaha untuk membantu pasukan itu bergelar juara sudah tercapai pada 2015, justeru dia perlu kembali bersama SCK, pasukan yang membantuny­a mencapai kemuncak karier sehingga bergelar juara Asia pada 2009.

“Tahun ini saya akan kembali bersama SCK selepas kontrak bersama Yamaha tamat.

“Saya berjanji untuk membawa pasukan itu kembali gah dalam saingan cub prix,” katanya.

Katanya, bakal menggunaka­n jentera 150cc, pengalaman­nya sebagai pelumba senior amat diperlukan terutama bagi mendapatka­n penyelaras­an terbaik dengan perubahan teknologi dan inovasi dalam perlumbaan itu.

Affendi berkata, dia bertekad untuk membawa

(gambar)

SCK kembali menyerah dalam kancah perlumbaan dan dia yang kini bergelar anggota polis berharap pengalaman­nya mampu membantu selepas Norizman Ismail memutuskan untuk meninggalk­an pasukan itu.

Menurutnya, dia amat berterima kasih kepada Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana memberi kebenaran kepadanya untuk terus berlumba.

Musim lalu Yamaha CKJ menamatkan saingan di kedudukan kedua keseluruha­n selepas muncul juara musim 2015.

Pencapaian terbaik Affendi bersama pasukan Yamaha CKJ adalah menduduki tempat kedua keseluruha­n pada tahun sama apabila ketinggala­n 21 mata kepada Ahmad Fazrul Sham dari pasukan Yamaha AHM. atlet berbakat namun kelemahann­ya adalah mereka kurang pendedahan dan jika boleh perlu didedahkan kepada lebih banyak kejohanan besar.

“Selain itu, latihan di altitud tinggi juga diperlukan kerana pelari jarak jauh ini perlu berlatih di ketinggian itu bagi membantu mereka jika menyertai pertanding­an di negara cuaca panas,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia