Harian Metro

Angelique kecundang Clement sasar raih emas ketiga dunia

- Reuters

„ Bintang nombor satu dunia diaibkan pemain remaja

Persiapan Angelique Kerber menjelang Terbuka Australia minggu depan terjejas apabila pemain nombor satu dunia dari Jerman itu tumpas dua set terus kepada pemain remaja Russia Daria Kasatkina pada pusingan kedua kejohanan Antarabang­sa Sydney, semalam.

Pada hari yang suram buat pemain pilihan, Daria yang berusia 19 tahun menang 7-6 (7/5), 6-2 ke atas pemenang dua gelaran Grand Slam Angelique, yang turut tersingkir pada suku akhir di Brisbane minggu lalu.

“Sukar untuk menjelaska­n segala-galanya. Saya menewaskan pemain nombor satu dunia dan ia tidak berlaku setiap hari,” ujar Daria, pemain ranking ke-26 dunia.

“Saya fikir saya akan meraih keyakinan,” katanya merujuk kepada Grand Slam pertama tahun ini bermula di Melbourne Isnin ini, yang mana Angelique akan mempertaha­nkan kejuaraan wanitanya.

(gambar)

Terdahulu Anastasia Pavlyuchen­kova menang pertembung­an sesama pemain Russia menentang Svetlana Kuznetsova sekali gus menyingkir­kan juara bertahan itu dalam dua set terus.

Anastasia menewaskan Svetlana, pemain nombor sembilan dunia 7-5, 6-3 untuk mencetus pertembung­an suku akhir menentang pemain Kanada, Eugenie Bouchard yang mencipta satu lagi kejutan menundukka­n pilihan ketiga Dominika Cibulkova.

Pilihan kesembilan Roberta Vinci dari Itali turut tewas kepada pemain Czech, Barbora Strycova 2-6, 3-6 namun bekas pemain nombor satu dunia Caroline Wozniacki menang 6-0, 7-5 ke atas Yulia Putintseva dari Kazakhstan.

Anastasia tampil pada perlawanan itu dengan rekod buruk tewas lima daripada pertemuan terakhir menentang Svetlana, juara dua gelaran Grand Slam.

“Saya terlalu gembira, te- Sydney: Juara Olimpik Kerron Clement menegaskan pingat emas ketiga kejohanan dunia dalam acara lari berpagar mampu diraih tahun ini jika dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pelari Amerika itu, yang menang acara 400m berpagar di Rio tahun lalu, bercadang memulakan persiapan bagi kejohanan dunia Ogos ini di Melbourne bulan depan dalam satu kejohanan berpasukan baharu diketuai Usain Bolt.

Pemenang sembilan pingat emas Olimpik, Bolt mengetuai senarai bagi kejohanan sulung Olahraga Nitro, menjadi kapten skuad ‘All-Stars’ termasuk Clement dan pelari pecut Asafa Powell, menentang pasukan dari Australia, China, Jepun, England dan New Zealand.

Kejohanan itu menampilka­n acara bukan tradisi seperti jarak pertengaha­n dan

(gambar)

rutamanya kerana dia bukan saja juara bertahan tapi rakan senegara saya dan dia berada dalam kelompok 10 terbaik serta mempunyai musim yang gemilang tahun lalu,” jelas Anastasia. lari berpagar berganti-ganti dengan konsep yang disokong presiden persekutua­n olahraga Sebastian Coe.

“Apa saja yang menyaksika­n pembabitan saya dalam satu pasukan memang mengujakan kerana saya sering menganggap diri sebagai pemain sepasukan,” ujar Clement.

“Saya suka memikirkan boleh memberi galakan kepada rakan sepasukan untuk memenuhi potensi mereka.”

Clement, kadangkala seorang peragawan yang pernah tampil dalam video muzik diva pop Beyonce, menang kejohanan dunia 2007 dan 2009 sebelum kecederaan menjejaska­n kariernya.

Namun dia menyatakan kejayaan di Olimpik Rio mencetus keyakinan dia boleh menang kejuaraan dunia ketiga di London tahun ini. AFP

 ??  ?? ANGELIQUE tewas 6-7 (5/7), 2-6 kepada Daria.
ANGELIQUE tewas 6-7 (5/7), 2-6 kepada Daria.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia