Harian Metro

TAK RELA KEMPUNAN TROFI J

- AFP

Southampto­n, England

uergen Klopp menggesa Liverpool menebus kekecewaan Piala FA dengan mempamerka­n aksi dominan pada separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris menentang Southampto­n, awal pagi esok.

Klopp menurunkan barisan termuda Liverpool menentang Plymouth pada pusingan ketiga Piala FA Ahad lalu dan skuad mentah itu gagal memukau ketika kelab kerdil divisyen empat itu mudah mengikat keputusan seri tanpa jaringan di Anfield.

Liverpool masih boleh mara dalam Piala FA apabila mereka berdepan Plymouth pada aksi ulangan, namun ia bagaikan satu bebanan kini ketika Reds fokus dalam satu lagi laluan ke Wembley.

Selepas kecundang di tangan Manchester City menerusi penentuan penalti pada final Piala Liga musim lalu, Liverpool hanya selangkah untuk kembali ke Wembley dan Klopp akan menurunkan barisan lebih kuat di St Mary’s ketika beliau mahu pasukannya kembali ke landasan kemenangan.

Menyedari dakwaan beliau dan pemainnya bersalah kerana terlalu yakin menentang Plymouth, pengurus Liverpool itu berkata: “Soalan saya ajukan di bilik persalinan pagi ini adalah ‘Patutkah kami bertindak lebih baik?’ 100 peratus ya dengan barisan pemain ini.

“Saya tidak jangkakan kesempurna­an, tapi saya mempunyai harapan tinggi kerana saya menyaksika­n mereka berlatih setiap hari dan yakin mereka boleh bermain dengan

„ Klopp gesa pemain pamer aksi sebenar menentang Southampto­n

amat bagus.

“Saya tidak kisah dengan kritikan, tapi ia bukannya mengenai memandang remeh pasukan lawan.”

Liverpool berharap menambah rekod lapan trofi Piala Liga dengan memenangi pertanding­an itu buat kali pertama sejak 2012.

Ia juga pastinya kejuaraan utama sulung buat Klopp, yang tiba di Merseyside pada Oktober 2015, selepas kekalahan Liverpool pada final Piala Liga dan Liga Europa musim lalu.

Namun, sebelum mereka menyediaka­n ruang di kabinet trofi Anfield, Liverpool perlu menundukka­n Southampto­n dan kemudian Manchester United atau Hull, yang bertembung pada satu lagi separuh akhir.

“Tiada lagi tekanan buat kami. Ia satu peluang. Sering kali ia satu hari baharu,” ujar Klopp, yang menerima kepulangan semula perancang tengah Brazil, Philippe Coutinho selepas kecederaan buku lali.

“Saya katakan kepada pemain tahun lalu ia bukannya final terakhir buat mereka dan ini peluang pertama untuk membuktika­nnya.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia