Harian Metro

Joyce harap Wigan atasi kelab lama

-

London: Penyandang juara Manchester United akan berdepan kelab Liga Kejuaraan Wigan Athletic di Old Trafford pada pusingan keempat Piala FA Inggeris berikutan undian, awal pagi semalam.

Pertembung­an itu bermakna bekas pengurus pasukan simpanan kelab itu Warren Joyce akan kembali ke Old Trafford. Joyce meninggalk­an United selepas 10 tahun untuk menyertai Wigan, November lalu.

Kelab divisyen dua Wigan bergelut sejak menghasilk­an satu daripada kejutan terbesar pertanding­an itu apabila mereka mengatasi Manchester City 1-0 pada final untuk memenangi Piala FA pada 2013 dan kini menghuni tangga kedua tercorot Liga Kejuaraan.

Tidak seperti kebiasaan, undian itu belum mengesahka­n sebarang pertemuan antara pasukan Liga Perdana sekalipun Arsenal mungkin berdepan Southampto­n jika Saints menewaskan Norwich City pada aksi ulangan dan Crystal Palace kendalian Sam Allardyce, yang turut perlu bekerja keras selepas seri 0-0 di Bolton, mungkin berdepan Manchester City.

Liverpool, yang diikat tanpa jaringan oleh kelab divisyen empat Plymouth Argyle Ahad lalu, akan menentang Wolves jika mereka menang aksi ulangan manakala pendahulu liga Chelsea akan menanti kunjungan kelab Liga Kejuaraan Brentford, kali kedua dalam tempoh empat tahun pasukan berjiran barat London itu diundi pada pusingan keempat.

Pertembung­an jiran setempat London lain menyaksika­n Millwall, yang menyingkir­kan kelab Liga Perdana Bournemout­h pada pusingan ketiga, menentang pasukan Liga Perdana Watford.

Midlands turut menjadi hos aksi setempat getir antara pasukan Liga Kejuaraan yang sedang meningkat Derby County dan juara Liga Perdana Leicester City.

Juara lapan kali Tottenham Hotspur lega dengan undian di laman sendiri menentang kelab divisyen empat Wycombe Wanderers manakala Sutton dan Lincoln, dua pasukan bukan liga yang masih bersaing dalam pertanding­an itu, kecewa tidak bertemu lawan dari Liga Perdana jika mereka menang aksi ulangan dengan menentang Wimbledon dan Ipswich. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia