Harian Metro

Foxes tetap positif tanpa tiga tonggak

-

London: Manchester United dan Liverpool masing-masing kehilangan seorang pemain penting, namun dalam Liga Perdana Leicester City paling terjejas berikutan pembabitan pemain mereka pada Piala Negara Afrika.

Ketika pertahanan tengah United Eric Bailly dipanggil oleh Ivory Coast dan Liverpool kehilangan khidmat pemain sayap Senegal Sadio Mane, Leicester terpaksa melepaskan Riyad Mahrez, Islam Slimani dan Daniel Amartey.

Di tangga ke-15 liga, Leicester berjuang untuk mengelak diri daripada terjerumus dalam zon penyingkir­an dan bagi pertahanan kiri Christian Fuchs ia satu peluang buat pemain atas pagar pasukan itu untuk membuktika­n keupayaan mereka.

“Pemain ini amat penting buat kami,” kata Fuchs merujuk kepada tiga pemain itu.

“Kami boleh bercakap bagaimana ia akan menyukarka­n serta melemahkan kami, tapi ini masanya buat pemain lain bangkit dan membuktika­n khidmat mereka diperlukan.”

Mahrez, 25, dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Afrika minggu lalu kerana peranannya membantu kejayaan Leicester, selepas turut dipilih sebagai Pemain

Terbaik Tahunan PFA England musim lalu.

Sekalipun prestasiny­a merudum musim ini, pemain sayap Algeria yang pantas itu tetap tonggak utama Leicester dan dengan tujuh gol dalam semua pertanding­an dia adalah pendahulu penjaring terbanyak kelab.

Dia disertai dalam skuad Algeria oleh Slimani, yang menyumbat enam gol sejak berpindah dari

Sporting

Lisbon dengan rekod kelab £29 juta (RM157 juta).

Melengkapk­an kekecewaan Foxes adalah pemain tengah Ghana Amartey, namun rakan senegarany­a Jeff Schlupp kekal bersama skuad Claudio Ranieri selepas tidak dipilih oleh jurulatih Avram Grant.

- AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia