Harian Metro

‘Ada lagi RM2 juta’

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

„ Annuar tuntut FAM jelaskan bayaran hak penyiaran, geran tahunan, hadiah kemenangan Liga Super musim lalu

Tidak cukup dengan isu kegagalan persatuan negeri (FA) menjelaska­n tunggakan gaji pemain, kini badan induk yang mentadbir aktiviti bola sepak di Malaysia pula didakwa berhutang dengan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Menurut Tan Sri Annuar Musa, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih belum melunaskan beberapa bayaran kepada KAFA yang turut merangkumi bayaran hak penyiaran, geran tahunan dan hadiah kemenangan Liga Super musim lalu.

Katanya, jika kesemua tunggakan berjumlah RM2 juta itu dibayar FAM tepat pada waktunya segala masalah berkaitan gaji pemain dan pegawai akan mampu dilunaskan sebelum sepak mula saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2017 bermula pada 20 Januari ini.

“FAM berhutang dengan semua pasukan. FAM masih berhutang dengan Kelantan,” katanya ketika ditemui pada aksi persahabat­an pramusim skuad The Red Warriors (TRW) bertemu pasukan Liga Perdana, MIFA FC, kelmarin.

“FAM banyak berhutang dengan kami, cuma semua pihak cakap Kelantan yang ada hutang.

“Hadiah kemenangan menduduki tempat keempat Liga Super, hak penyiaran, geran tahunan juga belum dibayar. Jadi di situ KAFA ada dekat RM2 juta,” katanya yang mendesak organisasi itu melangsaik­an segera tunggakan berkenaan.

Menerusi laporan Arena Metro sebelum ini, KAFA dikatakan mahu menarik diri daripada saingan Liga-M kerana menghadapi kemelut kewangan kritikal.

Bagaimanap­un, hasrat itu terpaksa dilupakan apabila KAFA berjaya memperoleh suntikan dana menerusi penajaan daripada dua syarikat RedONE dan Al Hamra Group sekali gus menyaksika­n mereka kekal beraksi musim ini.

“Walaupun kami mempunyai sumber kewangan agak terbatas, saya memberi jaminan kesemua gaji tertunggak pemain akan diselesaik­an musim ini,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, beliau mengesahka­n status bekas awang import Kelantan dari Lubnan, Mohammed Ghaddar bakal kembali memperkuat­kan TRW musim ini bersama dua lagi import baru.

 ?? Annuar Musa ?? Hadiah kemenangan menduduki tempat keempat Liga Super, hak penyiaran, geran tahunan juga belum dibayar. Jadi di situ KAFA ada dekat
RM2 juta”
Annuar Musa Hadiah kemenangan menduduki tempat keempat Liga Super, hak penyiaran, geran tahunan juga belum dibayar. Jadi di situ KAFA ada dekat RM2 juta”
 ??  ?? PEMAIN TRW tak sabar beraksi musim baharu.
PEMAIN TRW tak sabar beraksi musim baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia