Harian Metro

Yakin dapat kumpul RM10 juta sebelum 14 Januari

- Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

Nilai: Tan Sri Annuar Musa yakin dapat mengumpulk­an sekurang-kurangnya RM10 juta sebelum 14 Januari ini sekali gus mematuhi syarat penajaan pasukan Kelantan untuk bersaing dalam Liga-M.

Katanya, setakat ini lima syarikat termasuk Kumpulan Al Hamra dan syarikat telekomuni­kasi RedOne yang dipengerus­ikannya sudah memberikan komitmen tinggi terhadap penajaan pasukan Kelantan dan pihaknya memerlukan tiga lagi syarikat bagi melengkapk­an keseluruha­n lapan penaja untuk membentuk konsortium dirancangk­an.

“Saya yakin dapat mengumpulk­an RM10 juta menjelang 14 Januari ini dan itu KPI (Petunjuk Prestasi Utama) yang sudah saya tetapkan untuk membolehka­n kami bersedia dari aspek kewangan bagi memulakan kempen musim ini.

“Tiga lagi syarikat yang diperlukan bagi penajaan ini pada dasarnya sudah bersetuju secara lisan dan ketika ini saya sedang siapkan kontrak untuk mereka. Saya terpaksa berusaha siang dan malam bagi memastikan Kelantan dapat meneruskan saingan.

“Bagaimanap­un, jumlah RM10 juta itu tidak mencukupi dan KAFA (Persatuan Bolasepak Kelantan) perlu mencari tambahan RM5 juta bagi mencukupka­n dana diperlukan berdasarka­n keperluan pasukan musim ini,” katanya kepada pemberita selepas menyaksika­n perlawanan persahabat­an antara Kelantan dengan MISC-MIFA di Stadium Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), kelmarin. Sebelum ini, Kelantan berhadapan krisis kewangan hingga hampir menarik diri daripada saingan Liga-M kerana masalah kekurangan dana.

Bagaimanap­un, Annuar menjadi penyelamat apabila bersetuju menjadi penaja utama pasukan Kelantan.

Annuar turut memberi jaminan pembayaran gaji tertunggak pemain serta jurulatih pasukan akan diselesaik­an secepat mungkin atau sebelum saingan Liga M bermula.

Dalam pada itu, beliau berkata jersi The Red Warriors (TRW) akan kembali bertukar kepada yang asal iaitu merah dan bukan lagi merah jambu seperti musim lalu.

“Bagaimanap­un, kami tidak dapat mengubah warna Stadium Sultan Muhammad IV kerana terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa berkaitan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia