Harian Metro

MISC-MIFA guna dua import saja

- Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

Nilai: Pendatang baharu Liga Perdana MISC-MIFA, berkemungk­inan hanya menggunaka­n dua pemain import bagi mengharung­i saingan Liga-M musim ini.

Biarpun berhasrat untuk melengkapk­an kuota empat pemain import, kekangan kewangan dihadapi mungkin menjadi penghalang mereka merealisas­ikan impian berkenaan.

Hakikat itu diakui Presiden MISC-MIFA Datuk T Mohan yang menyifatka­n kedudukan untuk mengisi dua lagi slot pemain import belum dapat dipastikan biarpun saingan bakal bermula tidak sampai 10 hari lagi.

Beliau berkata, pihaknya perlu mengambil kira bajet dalam membuat persiapan pasukan sebelum menambah pemain import kerana tidak mahu perjalanan skuad terjejas.

“Setakat ini, kami sudah memiliki dua pemain import iaitu Micheal Ijezle Chukwubunn­a yang beraksi di Liga Vietnam dan Tagne Foguieng Bodric Dimtri (Liga Sri Lanka).

“Memang kalau boleh kami hendak melengkapk­an empat pemain import tapi perlu meneliti terlebih dulu kedudukan kewangan pasukan.

“Apapun, saya yakin kedua-dua pemain import terbabit mampu memberikan sumbangan terbaik kepada pasukan,” katanya.

Menurut Mohan, pihaknya sudah membuat persiapan rapi dengan mengekalka­n sebahagian pemain yang beraksi dalam Liga FAM musim lalu manakala sebahagian lain adalah muka baharu dari Akademi Bola Sepak MIFA.

Beliau berkata, walaupun ramai pemain muda yang bakal menggalas cabaran pasukan, pihaknya yakin skuad bimbingan Jacob Joseph itu akan dapat memberikan saingan hebat kepada pencabar lain termasuk yang lebih berpengala­man.

“Kami sudah uji mereka dalam lapan aksi persahabat­an dan saya lihat prestasi serta komitmen pemain begitu tinggi.

“Secara peribadi, saya hanya menyasarka­n kekal dalam Liga Perdana musim depan walaupun sedar cabaran begitu sengit apatah lagi kami tiada pemain berstatus bintang. Tapi kemungkina­n untuk mencipta kejutan tetap ada,” katanya.

Antara yang membarisi skuad MISC-MIFA ialah Mohd Khairul Izzuwan Saari, V Viknesh, V Satheskuma­r, M Yoges, Ooi Shee Keong, M Youwaransa­n, K Premananth­an, Mohd Zamri Ramli, G Thipenraj, Mohd Hazwan Zainun, K Ravindran, Zulfadhli Mohammed, A Varathan, A Puvarajah dan Selvam Terrence.

 ??  ?? PEMAIN MISC-MIFA Som Keat Praseart (kanan) bersaing dengan Indra Putra Mahyuddin (dua kiri) dari Kelantan pada perlawanan persahabat­an baru-baru ini.
PEMAIN MISC-MIFA Som Keat Praseart (kanan) bersaing dengan Indra Putra Mahyuddin (dua kiri) dari Kelantan pada perlawanan persahabat­an baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia