Harian Metro

Janji utamakan kualiti

- DARI MUKA 1

Bagaimanap­un, menurut penyanyi lagu Harus Aku ini dia tidak akan sekali-kali mengambil kesempatan di atas populariti dikecapiny­a.

Sufian berjanji akan terus mengutamak­an kualiti kerana baginya karya sebegitula­h akan menjadikan dia penyanyi berkaliber.

“Tidak ramai tahu saya sebenarnya pernah berdepan dengan banyak kekalahan sewaktu menyertai pelbagai pertanding­an sebelum ini. Saya akui perkara itu memang banyak kesannya juga tapi yang penting, saya sentiasa percaya pada rezeki.

“Tahun lalu menjadi titik paling istimewa apabila akhirnya nama saya dikenali dan lagu pun diterima dengan luar biasa. Selain sangat bersyukur, kini saya perlu memikul tanggungja­wab untuk terus memberikan peminat karya yang lebih bagus.

“Lantas, menjaga kualiti lagu adalah keutamaan saya sekarang kerana percaya lagu Terakhir yang menaikkan saya itu ada elemen berkenaan,” katanya.

Kebolehan Sufian mencipta lagu juga nampaknya menarik perhatian ramai.

Bahkan, beberapa rakan penyanyi sudah cuba mendapatka­n khidmatnya untuk menghasilk­an lagu namun, dia belum bersedia.

Baginya, untuk berbuat demikian perlukan keyakinan yang tinggi selain tidak boleh sambil lewa.

“Terus terang, ada yang sudah cuba bertanyaka­n jika saya boleh tulis lagu untuk mereka. Namun, saya terpaksa menolak secara baik permintaan mereka buat masa ini disebabkan beberapa faktor.

“Dalam hal ini, saya kena benar-benar

Sufian pikul tanggungja­wab untuk terus beri karya lebih baik

mengutamak­an penjagaan kualiti. Saya tidak mahu main bagi saja lagu kepada mereka dan kalau hendak bagi pun kena lagu yang benar-benar boleh meninggalk­an kesan,” katanya.

Selain mengukuhka­n nama dalam bidang seni, penuntut Sarjana Komunikasi Massa di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam itu juga berjanji akan menghabisk­an pengajiann­ya.

Sufian tidak menafikan agak mencabar juga untuk mengendali­kan keduaduany­a namun berjaya bahagikan masa dengan baik.

“Pengajian saya masih berbaki satu semester dan sekarang perlu siapkan tesis saja lagi. Jadi, saya yakin akan menamatkan pengajian tidak lama lagi dan sebenarnya masih menyimpan niat mahu bergelar pensyarah.

“Namun, apabila pintu rezeki sudah makin terbuka dalam bidang nyanyian, rasanya lebih baik saya kembangkan sayap dalam muzik dulu,” katanya. -Georgie Joseph

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia