Harian Metro

Kini mahir di dapur

- DARI MUKA 1

Ujar Ramona, dia lebih suka bercuti daripada membeli-belah.

“Kami berdua sukakan pulau dan sedang mengambil lesen menyelam. Kelakarnya, Rami yang putih melepak sanggup berjemur berjamjam lamanya untuk menggelapk­an kulitnya.

“Jadual harian saya kini sudah berubah. Ketika bujang dulu saya banyak habiskan masa dengan kawan tetapi sekarang saya selesa lepak di rumah. Daripada tak mahir di dapur sekarang saya boleh menyediaka­n apa sahaja menu. Rami memang pandai masak makanan Barat dan banyak mengajar saya.

“Pergolakan di Palestin memaksa keluargany­a berhijrah ke luar negara dan mereka pernah menetap di Bulgaria, Qatar, Yaman dan beberapa negara lain. Destinasi terakhir mereka adalah di Malaysia apabila bapa Rami mendapat tawaran bekerja di sini. Waktu itu Rami sudah remaja dan dia menyambung pengajiann­ya di sebuah kolej swasta di ibu kota tempat saya turut belajar.

“Saya menamatkan pengajian peringkat diploma sementara Rami menyambung pengajiann­ya sehingga mendapat ijazah sarjana. Walaupun belajar di kolej sama dan pernah bertentang mata, kami hanya mula rapat beberapa tahun selepas itu. Rami yang sudah biasa merantau dapat menyesuaik­an diri dengan cuaca, makanan, budaya dan gaya hidup masyarakat di sini malah dia sangat menggemari masakan Melayu.

“Berjauhan dengan keluarga juga membuatkan Rami amat menghargai Ramona di sisinya. Walaupun ibu Rami tinggal lama di negara ini, dia tidak boleh sesuaikan diri dengan cuaca panas jadi mereka berpindah lagi. Kini mentua saya menetap di Yaman dan Qatar.

“Rami anak ketiga daripada empat beradik dan mereka berempat sudah biasa hidup berjauhan dengan keluarga. Abangnya sudah enam tahun menetap di Russia dan bertemu jodoh di sana. Sepanjang tempoh itu dia tidak bertemu ibu bapanya.

“Sejak saya berkahwin sudah dua kali keluarga mentua datang melawat kami di Kuala Lumpur. Alhamdulil­ah, walaupun kami tinggal jauh ribuan batu, ikatan kekeluarga­an tetap erat

Ramona boleh sedia apa saja menu termasuk masakan Barat

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia