Harian Metro

Sura nyaris putus asa

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Selepas berjaya menghidupk­an watak

Ainur menerusi drama

Ainur Mardhiyah yang ditayangka­n di TV9 tahun lalu, pelakon Sura Sojangi kini muncul pula dengan drama Kerana Anisa.

Melakonkan watak antagonis bernama Adora, rezeki Sura atau nama sebenarnya Maisurah Sojangi, 27, dilihat semakin murah.

Selama empat tahun mencanai bakat dalam bidang lakonan, laluannya bukan mudah dan bersyukur akhirnya segala usaha keras selama ini mula menampakka­n hasil.

Sura berkata, dia pernah hampir berputus asa namun berkat kesabaran dan doa yang tidak putus, dia meneruskan minat yang bercambah sejak kecil itu.

“Memang betul ada ketika saya hampir putus asa kerana berasa diri tidak dipandang atau diterima dalam industri. Namun, saya perlu sabar dan terus berusaha. Mungkin belum masanya saya menikmati keindahan seperti orang lain.

“Perkara ini saya pegang hingga kini. Setiap hari sebelum keluar bekerja saya ikhlaskan diri dan percaya rezeki ada di mana-mana. Takkan disebabkan kurang popular, saya kena mengalah dan berundur,” katanya.

Sura yang bakatnya dicungkil menerusi program Pilih Kasih musim ketiga (PK3) tidak pernah berkecil hati atau mencemburu­i kejayaan rakan seangkatan.

“Bagi saya populariti akan datang dengan sendirinya. Bukan saya menidakkan pentingnya populariti tetapi biarlah saya perbaiki dahulu lakonan.

“Walau apa pun rintangan, saya perlu hadapi dengan tenang. Saya cuba lakukan secara berperingk­at dan tidak mahu terburubur­u. Saya juga yakin suatu hari nanti peminat akan nampak bakat saya,” katanya.

BAHAGIA BERGELAR ISTERI

Barangkali ramai tidak tahu, wanita berusia 27 tahun ini sudah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya, Abdul Hakim Yazid yang juga bintang PK3 pada November 2015.

“Memang ramai terkejut apabila tahu status saya. Malah ada yang berkata saya kahwin terlalu awal. Secara peribadi, saya sedikit pun tak menyesal atau rasa bersalah.

“Lagipun, berkahwin adalah sesuatu yang baik. Malah selepas berkahwin rezeki saya semakin murah. Status ini tidak mendatangk­an masalah buat saya asal saja mendapat restu dan keizinan suami untuk terus berlakon,” katanya.

Kata Sura, dia bertuah kerana dikurniaka­n pasangan hidup yang sangat memahami minatnya.

“Alhamdulil­lah, suami sentiasa menyokong dan tiada masalah kalau saya mahu terus aktif berlakon.

“Lagipun, kami berdua memang dalam bidang yang sama jadi dia memahami situasi dan cara kerja saya,” katanya.

Mengulas lanjut drama Kerana Anisa, Sura mengakui tidak sabar mahu melihat reaksi penonton terhadap persembaha­nnya.

“Ini adalah kali ketiga saya bawa watak gelap.

Bagi saya, watak sebegini memang mencabar kerana mempunyai banyak ‘mood’ supaya ada kelainan. Kali ini, saya melakonkan watak wanita kaya yang suka bersosial di luar negara. Dia kemudian kembali ke Malaysia untuk mendapatka­n semula bekas suaminya,” katanya.

Usaha keras mula menampakka­n hasil selepas 4 tahun ceburi lakonan

 ??  ?? Bagi saya populariti akan datang dengan sendirinya. Bukan saya menidakkan pentingnya populariti tetapi biarlah saya perbaiki dahulu lakonan
Bagi saya populariti akan datang dengan sendirinya. Bukan saya menidakkan pentingnya populariti tetapi biarlah saya perbaiki dahulu lakonan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia