Harian Metro

5 dah cukup!

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Artis serba boleh Sharifah Shahirah akur apabila dinasihati doktor agar tidak bersalin lagi selepas selamat melahirkan anak kelima pada 5 November lalu.

Menurut Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, 43, perkara itu disebabkan faktor usia selain bimbang memberi kesan kepada kesihatan.

“Sejak ada anak kecil saya selalu berjaga malam. Disebabkan itu tekanan darah saya tinggi selain faktor usia. Jadi kalau selepas ini saya bersalin lagi, bimbang nanti ia memberi kesan sampingan lain pula.

“Kalau ikutkan hati nak bersalin lagi, tapi bagi saya cukup lima. Tambahan pula anak pertama sudah berusia 19 tahun.

“Suami juga sependapat dengan saya. Lagipun zaman sekarang banyak perkara perlu diambil kira terutama kos sara hidup yang kian tinggi. Jadi saya perlu bersedia dari sekarang,” katanya.

Berkongsi mengenai anak bongsunya, Adeena, Shiera berkata puterinya itu dilayan seperti anak sulung kerana dilahirkan tujuh tahun selepas anak keempatnya, Audra.

Shiera berkata, semua anak dan anggota keluarga lain memberikan sepenuh kasih sayang terhadap Adeena.

“Saya pun tak menyangka boleh hamil lagi pada usia 42 tahun. Tambahan pula anak keempat ketika itu sudah berusia tujuh tahun. Jadi saya fikir tak ada lagi. Apabila disahkan hamil, saya menganggap ia rezeki daripada Allah.

“Sejak kehadiran

Shiera akur nasihat doktor supaya tidak lagi bersalin selepas dapat anak

kelima

Adeena, anak lain seboleh-boleh tak nak melepaskan­nya. Boleh dikatakan setiap masa mereka nak bermain bersama,” katanya.

Terdahulu Shiera mengadakan majlis akikah dan cukur jambul Adeena di kelab Sunway Montana, Desa Melawati, Sabtu lalu.

Dianggarka­n 500 tetamu hadir membabitka­n keluarga, sahabat karib dan rakan artis.

Antara yang hadir,

Nabil Ahmad, Linda Rafar, Nad Zainal, Noorkhiria­h dan Lan Kristal.

PENGALAMAN DIBEDAH

Bercerita pengalaman melahirkan anak kelima, Sheira memaklumka­n itu kali pertama dia bersalin secara pembedahan.

Sheira berkata, dia tidak mengalami sebarang masalah dan kesakitan seperti yang diceritaka­n orang sekeliling­nya.

“Disebabkan usia kandungan sudah melepasi tarikh jangkaan bersalin, bayi sudah buang air besar seperti yang diperkatak­an. Cuma saya perlu berhatihat­i dari segi pergerakan dan jaga pemakanan,” katanya.

Menurut Sheira dia berada di dalam dewan bersalin selama tujuh jam namun proses pembedahan dilakukan tidak sampai sejam.

Disebabkan keletihan, Sheira tertidur selama lapan jam. Dia hanya tersedar pada jam 9 malam dan ketika itu dikeliling­i sanak-saudara yang datang melawat.

Hasil perkahwina­n dengan pelakon Zulkifli Azahari atau Ijoy, pasangan ini dikurniaka­n empat anak iaitu Airell, 13, Airra, 10, Audra, 8, dan Adeena dua bulan.

Sebelum itu, Sheira turut memiliki seorang anak perempuan Alissya,

19, daripada perkahwina­n pertama dengan penyanyi kelahiran Singapura, Jatt.

Shiera pernah mengalami keguguran ketika kandungan berusia enam bulan iaitu sebelum melahirkan anak keempat.

 ??  ?? Sejak kehadiran Adeena, anak lain sebolehbol­eh tak nak melepaskan­nya KELUARGA bahagia Shiera.
Sejak kehadiran Adeena, anak lain sebolehbol­eh tak nak melepaskan­nya KELUARGA bahagia Shiera.
 ??  ?? ADEENA mendapat sepenuh kasih sayang daripada semua ahli
keluarga.
ADEENA mendapat sepenuh kasih sayang daripada semua ahli keluarga.
 ??  ?? LINDA Rafar antara rakan artis yang hadir.
LINDA Rafar antara rakan artis yang hadir.
 ??  ?? ZUL Yahya bersama isteri dan anak.
ZUL Yahya bersama isteri dan anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia