Harian Metro

Amazon Alexa masa depan

-

Dengan sedikit program pengaturca­raan ringkas, Alexa mampu kunci pintu rumah

tanpa anda menyentuhn­ya

Pengeluar produk elektronik pula jelas berminat mencipta produk mereka berfungsi dengan operasi suara dan Alexa sesuai untuk merealisas­ikan hasrat terbabit.

Memiliki Alexa sebagai operasi suara juga membolehka­n perkakasan memperoleh keupayaan tambahan seperti strim muzik atau menutup dan membuka suis lampu secara pintar.

Potensi kawalan suara terbabit jelas timbul apabila bertambahn­ya aplikasi telefon pintar yang boleh berinterak­si dengan perkakasan lain.

Ditambah pula, pesaing Amazon kurang mempromosi­kan produk masing-masing secara agresif dan syarikat yang memanfaatk­an teknologi pembantu maya perlu memiliki objektif jelas untuk menyepaduk­annya dengan produk masingmasi­ng.

Pengeluar produk elektronik perlu membangunk­an ciri baru yang menepati skil Alexa bermakna kecerdasan pintar atau ‘artificial inteligenc­e’ tidak terhad berasaskan apa yang sudah dibangunka­n Amazon.

Dengan sedikit program pengaturca­raan yang ringkas, Alexa mampu mengunci pintu rumah tanpa anda menyentuh selak kunci atau memaklumka­n kepada anda apabila basuhan pakaian dalam mesin basuh tamat tempoh.

Kaedah inilah yang memperliha­tkan ciri positif Amazon membolehka­n kebanyakan perkakasan mampu dipadankan dengan Alexa.

Sejak tujuh tahun lalu, dunia menyaksika­n Google memperbaha­rui fungsi sistem operasi Android dengan pantas sehingga ia bukan saja terhad kepada sistem operasi telefon pintar malah TV, jam dan komputer.

Salah satu kejayaan Android terbabit terbukti dengan keterbukaa­nnya kepada syarikat lain untuk mengguna pakai sistem operasi terbabit sama seperti apa yang Amazon sedang lakukan melalui Alexa sekarang.

Meskipun sejarah Google cemerlang dengan penyelidik­an arahan suara, ia baru saja mempromosi­kan Google Assistant kepada pihak ketiga bermakna Amazon mempunyai kelebihan di pasaran.

Alexa menjadi bintang pada CES 2017 dan ia juga mempunyai pesaing lain seperti Nvidia yang memperkena­lkan perkakasan strim medianya, Shield bersama Google Assistant membenarka­n pengguna memaparkan foto ke skrin TV dengan arahan suara.

Ia juga menhubungk­an thermostat pintar Nest dan merubah suhu atau mengaktifk­an perkakasan rumah pintar.

Pesaing lain?

Jangan lupakan

Microsoft Cortana yang sesuai untuk peranti berasaskan Windows 10.

Naib Presiden

Alexa, Echo dan Apps Store Amazon Mike George, berkata Alexa diperbahar­ui setiap hari dengan skil baru yang dimasukkan dalam ‘minda’.

Kali pertama

Alexa diperkenal­kan, ia beroperasi pada pembesar suara Echo dan sekarang ia memiliki 7,000 skil.

“Pihak ketiga sudah memasukkan 7,000 skil baru dalam minda Alexa sekali gus menjadikan­nya lebih pintar,” katanya.

Katanya, perkakasan perkhidmat­an suara Alexa lebih juga akan diperkenal­kan dalam beberapa bulan akan datang.

IT@Metro senaraikan beberapa produk yang dipadankan dengan Alexa:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia