Harian Metro

IDAM KOMIK SENDIRI

- Nor Hanisah Kamaruzama­n am@hmetro.com.my

Azhim fokus kumpul pengikut di media sosial terlebih dulu dan dalam

proses tajamkan kemahiran

Gemar membaca komik sejak kecil mendorong Mohd Azhim Maksum, 25, menghasilk­an karya tersendiri yang dimuat naik di Instagram.

Mula berkarya sejak awal tahun lalu, Azhim yang mempunyai lebih 20,000 pengikut berkata, belum terlambat baginya untuk mengejar impian dan cita-cita.

Lulusan diploma dalam bidang kejurutera­an ini juga nekad menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda dalam rekaan digital bagi mengejar cita-citanya itu.

“Saya sangat suka baca komik dan antara komik kegemaran saya ialah Dragon Ball.

“Pada mulanya saya tidak terfikir untuk hasilkan komik dan menjadi pelukis kerana sejak sekolah lagi saya sudah belajar bidang kejurutera­an.

“Minat itu kian berkembang selepas hasilkan komik pertama awal tahun lalu dan dari situ saya nekad untuk kejar impian menjadi seorang artis komik,” kata anak sulung daripada tiga beradik ini.

Anak kelahiran Sabah ini turut berkata, ibu bapa serta keluarga turut menyokong minatnya dan menggalakk­an untuk melakukan yang terbaik dalam bidang yang diminati.

Kata Azhim lagi, walaupun mula menghasilk­an karya komik sebagai hobi dan mengisi masa lapang, dia tidak menyangka mendapat maklum balas positif daripada pembaca.

“Waktu pertama kali muat naik komik yang saya hasilkan secara manual itu hanya sekadar suka-suka dan tidak mengharap apa-apa. Saya bermula daripada kosong ‘follower’ di Instagram.

“Tapi beberapa bulan selepas itu komik saya mula mendapat perhatian dan sudah ramai yang mula ikut dan nantikan hasil karya saya.

“Saya juga banyak perbaiki hasil karya dari semasa ke semasa dan turut mendengar komen pembaca untuk terus memperbaik­i karya dan menyuntik semangat,” katanya.

Azhim yang kini menggunaka­n tablet Wacom dan kaedah digital sepenuhnya untuk menghasilk­an komik dalam perancanga­n menerbitka­n komik sendiri.

“Saya dalam usaha untuk hasilkan komik yang ‘legend’ seperti Dragon Ball tapi kini sedang tumpu untuk kumpul pengikut di media sosial terlebih dulu dan masih dalam proses menajamkan lagi kemahiran.

“Saya sarankan kepada Generasi Y untuk terus mengejar minat kerana anda dapat hasilkan yang terbaik sekiranya mempunyai kesungguha­n dalam sesuatu yang dilakukan. Jangan risau untuk ambil risiko dan jangan bimbang dengan kritikan, yang penting hasilkan dulu dan buktikan kepada orang ramai,” katanya.

 ??  ?? ANTARA komik empat panel yang dimuat naik di Instagram.
ANTARA komik empat panel yang dimuat naik di Instagram.
 ??  ?? PENGHASILA­N komik dengan kaedah digital sepenuhnya menggunaka­n tablet Wacom.
PENGHASILA­N komik dengan kaedah digital sepenuhnya menggunaka­n tablet Wacom.
 ??  ??
 ??  ?? Nama: Mohd Azhim Maksum
Umur: 25 tahun Pendidikan: Pelajar Ijazah Sarjana Muda Rekaan Digital di Universiti Terbuka Malaysia
Instagram: @ catakseruk­in
Nama: Mohd Azhim Maksum Umur: 25 tahun Pendidikan: Pelajar Ijazah Sarjana Muda Rekaan Digital di Universiti Terbuka Malaysia Instagram: @ catakseruk­in

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia