Harian Metro

Ajar jadi bijak kewangan

-

Inisiatif UPM dalam pemindahan ilmu pendidikan dan pengurusan kewangan kepada komuniti terutama kanak-kanak

DARI MUKA 15

Ketua Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, majoriti kanak-kanak tidak dapat membezakan antara keperluan dan kehendak hingga wujudnya budaya berhutang dalam kalangan pelajar sekolah.

Malah majoriti pelajar mengatakan ibu bapa tidak membabitka­n atau menggalakk­an mereka dalam perbincang­an berkaitan hal kewangan keluarga.

Namun, komuniti juga perlu sama membantu terutama apabila kanak-kanak itu berada di luar lingkungan ahli keluarga seperti ketika berada di sekolah, ke kedai dan sebagainya.

Oleh itu, program komuniti bijak wang diwujudkan sebagai satu inisiatif untuk memberi kesedaran, pengetahua­n dan kemahiran kepada kanak-kanak berkaitan aspek pengurusan kewangan, kepengguna­an serta keusahawan­an.

Inisiatif antara Universiti Putra Malaysia menerusi kerjasama antara Fakulti Ekologi Manusia dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sri Serdang ini bermula sejak 2014 apabila Dr Mohamad

Fazli melakukan kajian bijak kewangan ke atas800 pelajar tahun 4 dan tahun 5 di seluruh Malaysia.

“Pengetahua­n dan kemahiran dalam kewangan amat penting sebagai persiapan untuk kanak-kanak ini berdepan dunia pasaran terutama dalam situasi ekonomi semasa.

“Peranan semua pihak ter- masuk ibu bapa dan komuniti sememangny­a amat penting dalam usaha untuk menjadikan pendidikan kewangan ini sebagai satu bentuk pembelajar­an sepanjang hayat dalam kehidupan mereka.

“Selain itu, peningkata­n statistik belia yang diisytihar­kan muflisjuga menjadi antara pencetusid­ea untuk menjalanka­n program pemindahan ilmu pendidikan dan pengurusan kewangan kepada komuniti terutama kanakkanak seperti program ini,” katanya.

Inisiatif dikenali sebagai Program Adik Bijak Cerdik Duit ini bertindak secara berkongsi ilmu, pengalaman, kemahiran dan kepakaran yang ada di universiti kepada pihak komuniti khususnya dalam bidang pendidikan kewangan kepada kumpulan sasar iaitu kanak-kanak dalam kalangan komuniti Taman Sri Serdang.

Empat objektif khusus digariskan dalam program ini adalah melatih pelatih siswazah (GI) menguasai bidang pengurusan kewangan sebagai persiapan kerjaya mereka; melatih dan membekalka­n pengetahua­n serta kemahiran dalam bidang kewangan juga keusahawan­an kepada jurulatih di peringkat komuniti

Pada masa sama ia juga bertujuan melatih tidak ketinggala­n membekalka­n pengetahua­n serta kemahiran dalam bidang kewangan dan keusahawan­an kepada fasilitato­r di peringkat kampus (sukarelawa­n dalam kalangan mahasiswa) selain meningkatk­an pengetahua­n, amalan juga kemahiran dalam kalangan peserta program mengenai ilmu pengurusan kewangan, kepengguna­an, keusahawan­an serta penggunaan lestari.

Program Adik Bijak Cerdik Duit ini berlangsun­g selama empat bulan sejak November 2016 sehingga Februari 2017.

“Program dilaksanak­an pada setiap Sabtu selama dua jam untuk tempoh 16 minggu. Berdasarka­n saranan pakar psikologi, tempoh ini sesuai untuk melihat sejauh mana keberkesan­an program dari segi peningkata­n pengetahua­n, tingkah laku dan kemahiran kanak-kanak dalam aspek pengurusan kewangan, kepengguna­an dan keusahawan­an.

“Pendekatan yang diterapkan di dalam program ini pula lebih kepada ‘Belajar Sambil Bermain’ yang bersesuaia­n dengan fitrah kanakkanak,” tambahnya.

Menariknya, program dikendalik­an oleh jurulatih terdiri daripada pegawai akademik dan pegawai pelaksana yang berpengala­man lalu dibantu fasilitato­r dalam kalangan mahasiswa yang dilakukan secara sukarela.

Seramai 33 pelajar berusia antara sembilan hingga 12 tahun di KRT Taman Sri Serdang menyertai program ini yang dilakukan dalam dan luar kelas.

 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta Program Adik Bijak Cerdik Duit terdiri daripada kanak-kanak
berusia sembilan hingga 12 tahun.
SEBAHAGIAN peserta Program Adik Bijak Cerdik Duit terdiri daripada kanak-kanak berusia sembilan hingga 12 tahun.
 ??  ?? SEBAHAGIAN modul pembelajar­an
dan program yang berlangsun­g sehingga
bulan depan.
SEBAHAGIAN modul pembelajar­an dan program yang berlangsun­g sehingga bulan depan.
 ??  ?? PROGRAM Adik Bijak Cerdik Duit ini tidak terhad di dalam kelas malah kebanyakan aktiviti
dilakukan di luar.
PROGRAM Adik Bijak Cerdik Duit ini tidak terhad di dalam kelas malah kebanyakan aktiviti dilakukan di luar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia