Harian Metro

Rawat segera elak risiko

-

Ibu bapa perlu beri maklumat lebih terperinci mengenai keadaan anak apabila jumpa doktor

DARI MUKA 15

Menurut Doktor Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd Dr Zubaidi Ahmad, sakit kepala dalam kalangan kanak-kanak biasa berlaku dan selalunya tidak serius.

Sama seperti orang dewasa, kanak-kanak boleh mengalami pelbagai jenis sakit kepala termasuk migrain atau sakit kepala yang berkaitan dengan tekanan di sekolah.

“N amun begitu ada kes sakit kepala dalam kalangan kanak-kanak yang agak serius disebabkan jangkitan kuman atau kecederaan pada kepala sehingga menyebabka­n pembentuka­n darah beku di otak.

“Kebanyakan sakit kepala kanak-kanak tidak serius, tetapi segera dapatkan pemeriksaa­n dan rawatan sekiranya ia mengganggu rutin seharianny­a contohnya sakit kepala sehingga sukar tidur dan berlarutan selepas bangun tidur.

“Pemeriksaa­n lanjut perlu dilakukan jika sakit kepalanya lebih teruk dan semakin kerap atau sehingga si kecil menjadi pendiam dan tidak aktif di sekolah,” ujarnya.

Katanya, rawatan segera perlu didapatkan bagi mengelak risiko berlakunya penyakit berbahaya. Walaupun segera membawa anak berjumpa doktor adalah langkah terbaik, tetapi sebagai ibu bapa dan penjaga, kita juga perlu mengetahui serba sedikit mengenai masalah ini. Ia penting supaya kita dapat memberi pemerhatia­n dan maklumat yang lebih terperinci mengenai keadaan anak apabila berjumpa doktor.

A. SAKIT KEPALA AKUT

kepala.

Gigi bernanah atau jangkitan gusi juga boleh menyebabka­n sakit kepala.

B. SAKIT KEPALA KRONIK ATAU BERULANG

Sakit kepala yang berlaku berulang kali atau berterusan dalam jangka masa panjang dikenali sebagai sakit kepala kronik. Kanak-kanak yang mengalami sakit kepala kronik jarang mendapat masalah gangguan otak yang serius seperti ketumbuhan otak, pembesaran arteri secara berlebihan atau kemerosota­n fungsi otak. Gejala yang biasa berlaku ialah muntah, hilang penglihata­n, lemah anggota badan, sawan atau kemerosota­n ingatan. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami sakit kepala kronik atau berulang mengalami migrain atau sakit kepala disebabkan ketegangan.

C. MIGRAIN

Kanak-kanak yang mengalami migrain lebih selesa dengan suasana senyap dan gelap untuk berehat kerana suasana bising dan terang menyebabka­n sakit kepala menjadi semakin teruk.

D. SAKIT KEPALA TEGANG

Sakit kepala ini amat lazim terjadi dalam kalangan kanak-kanak. Ia juga dikenali sebagai sakit otot kepala yang berpunca daripada ketegangan otot pada bahagian dahi dan tepi kepala. Sakit kepala ini selalunya disebabkan perasaan bimbang, tekanan emosi atau situasi yang tegang di mana jua.

-Siti Nadirah Hafidzin

 ??  ?? SEGERA dapatkan rawatan sekiranya si kecil tersayang mula menunjukka­n tanda sakit kepala.
– Gambar hiasan
SEGERA dapatkan rawatan sekiranya si kecil tersayang mula menunjukka­n tanda sakit kepala. – Gambar hiasan
 ??  ?? TERDAPAT pelbagai jenis sakit kepala
yang dialami kanak-kanak. – Gambar hiasan
TERDAPAT pelbagai jenis sakit kepala yang dialami kanak-kanak. – Gambar hiasan
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia