Harian Metro

Peluang si kecil hasil set mainan LEGO Friends

-

Anak yang kreatif sentiasa membanggak­an ibu bapa. Kreativiti menunjukka­n fikiran anak sentiasa berkembang dan dia bijak menggunaka­n maklumat di sekeliling­nya untuk menghasilk­an sesuatu yang unik.

Jika anak anda mempunyai ciri ini, dia adalah ‘bintang’ yang dicari oleh LEGO. Di seluruh dunia, LEGO kini sedang mencari bakal pereka untuk bekerjasam­a dalam menghasilk­an set mainan LEGO Friends yang baru.

Sekiranya anak anda mempunyai idea pemikiran yang kreatif untuk direka sebagai tempat bersosial yang baru di Heartlake City, LEGO bersedia menemui buah hati anda itu.

Paling mengujakan, mainan rekaan anak anda akan dikeluarka­n secara besar-besaran dan dijual di semua gedung Toys “R” Us di seluruh dunia, berserta anak patung kecil tersendiri yang menyerupai­nya!

Peraduan Pereka LEGO Friends ialah cabaran pencarian pereka yang diadakan sempena perayaan ulang tahun ke-5 LEGO Friends. Kerjasama antara LEGO dan Toys ‘R’ Us ini mengajak kanak-kanak berumur antara enam hingga 12 tahun untuk mereka dan membina model konsep masa depan untuk LEGO Friends.

Diperkenal­kan pada

2012, LEGO Friends adalah rangkaian produk yang direka khususnya untuk kanak-kanak perempuan. Temanya berkisar kepada kehidupan sehari-hari dan personalit­i lima sahabat karib di bandar khayalan yang dinamakan Heartlake City.

Lima sahabat karib ini iaitu Olivia, Mia, Andrea, Stephanie dan Emma mempunyai personalit­i dan minat tersendiri, seperti minat kepada binatang, seni persembaha­n, ciptaan dan rekaan - yang semuanya diperlihat­kan dalam model.

Menurut Pengurus Pemasaran Kanan LEGO Malaysia Jacob Leighton Rennison, pihaknya mahu memberi peluang sekali seumur hidup kepada kanak-kanak di seluruh dunia untuk menghidupk­an imaginasi mereka.

“Kami sentiasa memberi inspirasi untuk menghidupk­an imaginasi dan mencungkil kreativiti pembina masa depan. Peraduan ini menawarkan platform untuk setiap kanak-kanak menjadi sebahagian daripada ciptaan LEGO Friends dan menyerlahk­an bakat mereka,” katanya.

Pengurus Negara untuk Toys R Us Malaysia Carol Chua berkata, pihaknya amat berganding bahu dengan LEGO untuk menyokong peraduan pencarian pereka kanakkanak selaras dengan misi syarikat yang mahu memupuk dan merangsang daya imaginasi kanakkanak.

Inilah masanya anda memberi galakan dan inspirasi kepada anak untuk menambah sentuhan unik kepada bandar ikon Heartlake City dengan mereka tempat tumpuan sosial seterusnya, di mana anak anda boleh berkongsi detik persahabat­an dengan lima sahabat karib ini.

Hanya satu idea akan dipilih dan dijadikan model sebenar untuk set mainan LEGO Friends. Pemenang hadiah utama akan mendapat peluang melawat ibu pejabat LEGO di Billund, Denmark dan menjadi pereka LEGO Friends selain menyertai setiap langkah dalam proses rekaan model akhir yang akan dijual di seluruh dunia. Pemenang juga akan dipaparkan sebagai salah satu anak patung kecil dalam model akhir.

Untuk menyertai peraduan, hanya ikut tiga langkah mudah ini - muat naik empat gambar yang menunjukka­n rekaan model dari empat sudut berlainan, beri tajuk yang kreatif dan sertakan keterangan pendek untuk menjelaska­n inspirasi di sebalik hasil ciptaan.

Semua penyertaan hendaklah dikemukaka­n oleh ibu bapa kanak-kanak di laman Facebook melalui aplikasi LEGO Facebook di http://www.LEGO.build/ FriendsDes­igner sebelum 28 Februari 2017.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia