Harian Metro

Agar si manja selesa

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Lampin pakai buang dengan jalur indikasi berubah warna jika basah dan perlu ditukar

Si kecil membesar dengan pantas. Bagaikan baru semalam berpeluk mesra bersama mereka, hari ini berkejaran di dalam rumah.

Merangkak, menari atau berjalan, si manja pasti akan lebih aktif dan semestinya mahukan lebih kebebasan serta keselesaan ketika bergerak.

Penggunaan lampin pakai buang yang baik turut memainkan peranan penting bagi memberi keselesaan kepada si kecil bergerak aktif.

Memahami kepentinga­nnya, Tollyjoy memperkena­lkan lampin pakai buang, Pull Up Pants yang direka khusus bagi memberikan kesenangan kepada ibu bapa dan anak.

Setiap lampin pakai buang dilengkapi dengan lapisan Acquisitio­n Distributi­on Layer (ADL) bagi kesan penyerapan yang lebih pantas dan efisien di samping menyingkir­kan lembapan untuk memastikan­nya sentiasa kering.

Ia juga didatangka­n dengan penahan bocor tepi bagi membantu mengawal kebocoran yang sesuai dipakai oleh anak yang aktif dan pemakaian dalam tempoh panjang.

Kebanyakan ibu bapa pasti bersetuju masa penukaran lampin amat mencabar terutama jika si anak sangat aktif.

Oleh itu, kehadiran lampin pakai buang yang mudah dipakai kerana ia disiapkan dengan kontur bahagian pinggang fleksibel dan sisi elastik lembut menjadikan­nya tidak terlalu ketat ketika dipakai.

Selain itu, ia juga nipis, ringan dan memudahkan kulit bernafas ditambah dengan lapisan seperti kapas, membolehka­n sistem pengudaraa­n berjalan lancar bagi melindung kulit sensitif si manja.

Setiap lampin pakai buang didatangka­n dengan jalur indikasi yang akan berubah warna jika lampin basah dan perlu ditukar.

Lampin yang boleh didapati pada harga RM 22.90 setiap pek dalam saiz M, L dan XL itu juga dilengkapi dengan pita pembuangan bagi memudahkan proses pelupusan lampin kotor.

 ??  ?? LAMPIN pakai buang untuk keselesaan si kecil.
LAMPIN pakai buang untuk keselesaan si kecil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia