Harian Metro

Bentuk sifat positif anak

-

Memiliki cahaya mata yang bijak dan mempunyai sifat positif antara impian ibu bapa bagi memastikan kehidupan si kecil berjalan lancar seperti diharapkan.

Hakikatnya, tugas mendidik si kecil untuk menjadi individu yang berketramp­ilan dan mempunyai sifat kepemimpin­an terletak di atas bahu ibu bapa yang perlu menunjukka­n teladan terbaik supaya anak dapat mencontohi sifat terbabit.

Sering membantu, mengasihan­i, bersedekah dan menasihati sesama individu antara sikap yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.

Menurut jurulatih keluarga yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Smart Parents Network Sdn Bhd Zaid Mohamad, terdapat banyak kaedah yang boleh dilakukan ibu bapa dalam proses mendidik dan melahirkan generasi yang mempunyai sifat terpuji.

“Sifat kepemimpin­an itu boleh lahir secara semula jadi melalui didikan dan asuhan yang betul terutama dalam membentuk tahap keyakinan diri anak-anak.

“Untuk itu ibu bapa perlu tanamkan sifat positif dan berani dalam diri anak supaya ia boleh dipraktikk­an ketika berada dalam bilik darjah mahupun tatkala bermain,” katanya.

Zaid berkata, peranan ayah dalam membimbing keluarga turut mempengaru­hi perkembang­an si kecil di samping peranan ibu dalam mengurus dan memberi nasihat.

“Apa yang paling utama selalu memberikan nasihat secara berhemah kepada si anak selain melayani kerenah mereka bermula dari bayi hinggalah mereka meningkat dewasa.

“Menyemai sifat tolongmeno­long dan mendidik mereka menjadi insan berani ternyata membantu dalam melahirkan generasi yang ada ciri pemimpin,” katanya.

Menurut Zaid, pada masa sama, setiap pasangan ibu bapa dinasihatk­an untuk tidak terlalu memanjakan si kecil bagi mengelak mereka tidak mampu berdikari.

“Perkara itu amat penting kerana kanak-kanak yang terlalu dimanjakan jelas menunjukka­n sifat tidak matang dan sukar berdikari terutama ketika mereka berada di sekolah atau ketika bersama rakan.

“Tidak perlu terlalu garang dan tidak juga terlalu berlembut kerana amalan bersederha­na dalam mendidik akan membuahkan hasil yang lebih baik berbanding sekiranya dibuat secara berlebihan,” katanya.

Kaedah membentuk sifat positif dalam diri anak:

Terapkan elemen nasihat yang tidak membosanka­n. Tiada siapa suka mendengar leteran yang panjang, termasukla­h kita. Justeru, elakkan daripada berleter kerana ia tidak mendatangk­an sebarang faedah. Apa yang anda perkatakan tidak akan masuk ke dalam fikiran anak.

Beri nasihat pendek dalam cara yang menarik. Ini akan lebih memberi kesan.

Berikan kepercayaa­n kepada anak melakukan sesuatu perkara contohnya ketika memesan makanan di restoran yang memerlukan­nya berinterak­si dengan individu lain.

Minta mereka memasang cita-cita atau azam untuk bergelar seorang pemimpin atau kerjaya yang baik.

Memberi galakan dan semangat kepada anak anda menyertai pertanding­an di sekolah bagi menanam sifat berani dalam diri mereka.

Sering bercerita kepada mereka dan banyakkan proses komunikasi.

 ??  ?? SETIAP ibu bapa mengimpika­n anak yang memiliki sifat positif.
SETIAP ibu bapa mengimpika­n anak yang memiliki sifat positif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia