Harian Metro

Gabungan sempurna tekstur dan rasa

-

Kemunculan hidangan terbaru khususnya di restoran kegemaran sentiasa dinantikan. Ia bukan saja memberi kepuasan malah membuka ruang untuk menikmati hidangan dalam suasana seronok baik bersama keluarga atau rakan.

Bagi penggemar keju, rangkaian restoran makanan segera, KFC kini menampilka­n hidangan istimewa untuk anda:

KFC Cheezy Mushroom Crunch yang menjanjika­n pengalaman enak dan unik.

Tawaran dalam tempoh terhad ini gabungan sempurna tekstur dan rasa. Kombinasi enak keju pekat berkrim bersama cendawan butang yang dihiris, dicurahkan pada ayam KFC Hot & Spicy kegemaran ramai, membawa pengalaman menakjubka­n. Sepanjang tempoh promosi, hidangan berkeju terbaharu ini juga boleh didapati dalam pilihan burger, iaitu Cheezy Mushroom Burger.

Menurut Pengurus

Besar Kanan Pemasaran KFC Angelina Villanueva, KFC berkerja keras untuk menghasilk­an hidangan baharu bagi memuaskan pelanggan khususnya penggemar keju.

KFC Cheezy Mushroom Crunch kini boleh didapati dalam hidangan kombo dua ketul dan lima ketul ayam yang didatangka­n bersama hidangan sampingan KFC iaitu coleslaw, kentang putar serta satu minuman ringan dari serendah RM13.50.

Manakala Cheezy Mushroom Burger boleh didapati secara ala carte dari RM9.10. Ia juga boleh dibeli menerusi hidangan kombo yang didatangka­n bersama Crispy Fries dan satu minuman ringan.

Kini KFC Cheezy Mushroom Crunch boleh dinikmati di semua restoran KFC seluruh Malaysia bermula hari ini sehingga 20 Februari 2017 atau sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila layari kfc.com.my. Harga yang dipamerkan tertakluk kepada lokasi.

 ??  ?? KFC Cheezy Mushroom Crunch dan Cheezy Mushroom Burger kini boleh didapati.
KFC Cheezy Mushroom Crunch dan Cheezy Mushroom Burger kini boleh didapati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia