Harian Metro

Rahmat keluarga bersatu

-

bukannya bersama keluarga. Remaja perlu rasa disayangi, dihargai dan selamat.

Didikan ini sepatutnya bermula dari rumah di dalam memupuk insan yang berkualiti bukan saja kepada keluarga malah komuniti dan negara.

Ada beberapa panduan untuk ibu bapa, mungkin boleh membantu mengekalka­n kebahagiaa­n keluarga. Antaranya:

1. Hormati pandangan dan pendapat setiap ahli keluarga. Sayangmeny­ayangi antara satu sama lain.

2. Kanak-kanak suka mendengar kisah ibu bapa ketika zaman remaja mereka dan di tempat kerja.

3. Tunjukkan contoh berkasih sayang kepada anak. Jika ibu bapa melayani pasangan dengan baik, anak turut berkelakua­n baik kepada orang lain.

4. Jadikan masa makan waktu bersama keluarga. Ini adalah masa yang sesuai untuk berhubung. Berbuallah dengan anak. Makan bersama adalah cara yang paling mudah untuk meluangkan waktu untuk keluarga dan menjalin perhubunga­n erat. Pastikan semua ahli keluarga tidak diganggu oleh gajet canggih.

5. Jika anak tidak seronok di rumah, mereka akan mencari keseronoka­n di tempat lain. Bawa keluarga melakukan aktiviti bersama setiap hujung minggu. Hargai masa bersama keluarga.

6. Jangan tinggikan suara di rumah. Meninggika­n suara bermakna ibu bapa gagal mengawal keadaan. 7. Lindungila­h anak. 8. Pastikan setiap ahli keluarga berkomunik­asi antara satu sama lain dengan berkesan.

9. Layan ahli keluarga dengan penuh kasih sayang.

10. Berkongsi cerita dengan anak.

11. Utamakan perhubunga­n kekeluarga­an dan perkahwina­n.

12. Jangan malu untuk bermain bersama anakanak terutama yang kecil.

13. Utamakan keluarga berbanding rakan. Apabila berada di rumah, ketepikan sebentar rakan maya anda.

14. Lakukan sesuatu yang menyeronok­kan bersamasam­a kerana kanak-kanak gemar keseronoka­n.

15. Wujudkan aktiviti rutin keluarga.

16. Pastikan suasana di rumah tenang.

17. Jangan bertengkar di depan anak-anak. Jika ada perselisih­an faham antara suami isteri, cubalah sembunyika­n dan bincang masalah anda di dalam bilik.

18. Jangan bekerja sepanjang masa. Utamakan anak-anak kerana mereka amat berharga.

19. Berkomunik­asilah dengan anak-anak secara terbuka.

20. Pastikan hubungan kekeluarga­an dapat dirasai oleh setiap ahli.

21. Personalit­i setiap anak adalah unik dan berbeza-beza. Keunikan menjadikan setiap anak istimewa dan harus berbangga dengan keunikan diri masingmasi­ng.

Sumber: Portal rasmi MyHealth Kementeria­n Kesihatan Malaysia.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia