Harian Metro

Malik kekal kapten

Penjaring terbanyak Liga Perdana musim lalu terus diberi mandat

- Asrol Awang sukan@hmetro.com.my

Penjaring terbanyak tempatan Liga Perdana musim lalu, Abdul Malik Mat Arif terus diberikan penghormat­an bergelar kapten Kuantan FA bagi menghadapi saingan Liga Perdana musim ini.

Jurulatih Zulhamizan Zakaria berkata, tanggungja­wab itu pasti memberi lebih inspirasi kepada Malik untuk lebih cemerlang mengetuai pasukan dan jentera serangan The Seagulls.

Katanya, pengalaman dimiliki pemain kelahiran Kuantan yang pernah bersama skuad utama Pahang itu bakal menjadi modal terbaik untuk meraih kejayaan bersama rakan sepasukan.

“Tugas selaku kapten diberikan kepada Malik kerana kami yakin ia akan menjadi motivasi terbaik kepadanya dalam usaha membentuk sebuah pasukan yang mantap.

“Saya percaya semua pemain akan memberikan kerjasama dan Malik juga dilihat mampu meneruskan aksi cemerlang sekali gus membantu Kuantan FA mencatat kejayaan membanggak­an musim ini,” katanya.

Musim lalu, Abdul Malik, 25, membuktika­n kehebatan selaku penyerang berbisa apabila menjaringk­an 10 gol dalam saingan Liga Perdana sekali gus dinobatkan penjaring terbanyak tempatan.

Mengulas prestasi membanggak­an pemain baharu skuad itu, Nabilah Khan Razali, Zulhamizan berkata, sentuhan penyudah berbisanya sememangny­a ditagih.

Menurutnya, sudah pasti beliau gembira dengan jaringan Nabilah terutama pada aksi persahabat­an sempena jelajah Pahang yang menyaksika­n pemain kelahiran Temerloh itu meledak enam gol.

“Namun, ujian sebenar Nabilah hanya dapat disaksikan apabila dia beraksi dalam saingan Liga Perdana yang dilihat lebih sengit terutama berdepan pemain pertahanan berpengala­man,” katanya.

 ??  ?? ZULHAMIZAN percaya Malik (dua dari kiri) mampu terus beri inspirasi buat Kuantan FA.
ZULHAMIZAN percaya Malik (dua dari kiri) mampu terus beri inspirasi buat Kuantan FA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia