Harian Metro

MEMORI TERINDAH

-

> “Memang seperti tak percaya apabila saya dapat bersama ramai pemain terbaik dunia. Ini antara detik indah dalam hidup saya,” kata Mohd Faiz Subri kepada wartawan Harian Metro, Aziman Rosdi, sejurus dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Puskas 2016 di TPC Switzerlan­d AG, semalam. Penyerang Pulau Pinang kelahiran Kedah itu mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama memenangi anugerah itu.

„ Faiz Subri akui ‘ketaq’ ketika berada di pentas bersama bintang bola sepak dunia

“Memang seperti tak percaya apabila saya dapat bersama dengan ramai pemain terbaik dunia di sini. Saya percaya ini semua rezeki dan berkat doa keluarga serta peminat. Ini antara detik indah dalam hidup saya.

Selepas saya menerima anugerah itu, Cristiano

Ronaldo mengucapka­n tahniah kepada saya. Saya juga sempat bergambar dengannya, memang ketika itu saya tak tahu nak kata apa lagi.

Selain Ronaldo yang memenangi Anugerah Puskas pada 2009, turut memberikan ucapan tahniah kepada saya adalah penjaga gol Jerman Manuel Neuer, Dani Alves dari Juventus dan bekas pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson.

Malah rakan sepasukan Ronaldo di Real Madrid, Sergio Ramos turut menegur saya selepas majlis itu dengan mengatakan jaringan yang saya itu ajaib.

Ramai yang memperkata­kan mengenai tindak-tanduk saya di atas pentas ketika menerima anugerah. Saya akui berasa gementar sebaik nama diumumkan sebagai pemenang hingga umum melihat saya seolah-olah tercari-cari teks ucapan bahasa Inggeris dalam telefon bimbit ketika di atas pentas.

Di atas pentas, saya cuma diberi masa 30 saat untuk berucap. Mereka tak benarkan saya berucap dalam bahasa Melayu. Memang saya rasa ‘ketaq’ (gementar) sebab ini kali pertama saya berucap di pentas besar.

Saya bersyukur dengan kejayaan ini tapi tidak mahu meletakkan harapan tinggi untuk terus menghasilk­an jaringan tercantik meskipun tiada lagi pemain yang merangkul trofi itu dua kali sejak diperkenal­kan oleh

Persekutua­n

Bola Sepak Antarabang­sa

(FIFA) pada 2009.

Selepas memahat nama sebagai pemain Asia pertama memenangi Anugerah Puskas, fokus saya kini adalah untuk membantu kejayaan pasukan Pulau Pinang dalam Liga

Super.

Memang peminat mahu lihat saya menjaringk­an gol cantik lagi, saya akan cuba tapi dalam bola sepak tidak mementingk­an pencapaian individu. Mungkin selepas ini ada pemain lain yang akan dicalonkan bukan hanya bagi Anugerah Puskas tapi menjadi pemain terbaik dunia.

Kalau ada rezeki (menang buat kali kedua) itu lagi OK, tapi kalau tak ada tak mengapa kerana saya tak letak harapan tinggi. Kerana keutamaan saya adalah kejayaan pasukan.

Kehadiran saya pada majlis itu pada awalnya tidak disedari peminat mahu pun media asing dan tempatan yang membuat liputan.

Namun tiba-tiba saya menjadi tumpuan selepas diumumkan sebagai pemenang anugerah itu, mungkin disebabkan nama besar seperti Cristiano Ronaldo, Neymar, Zlatan Ibrahimovi­c dan James Rodriguez turut pernah menang anugerah itu.

Saya terkejut apabila ada peminat luar negara yang berkumpul di luar pintu masuk venue ini menjerit nama Faiz serta mendapatka­n tanda tangan ketika saya meninggalk­an majlis.

Apapun, Faiz tetap Faiz, tidak ada apa yang berubah. Memang ini satu cabaran dan saya perlu berusaha lebih keras untuk lebih berjaya.”

 ??  ?? MohdFaiz Subridiisy­tihar pemenanggo­l terbaikAnu­gerah
Puskas2016
MohdFaiz Subridiisy­tihar pemenanggo­l terbaikAnu­gerah Puskas2016
 ?? Mohd Faiz ?? FAIZ sempat bergambar dengan idolanya, Ronaldo. Selepas memahat nama sebagai pemain Asia pertama memenangi Anugerah Puskas, fokus saya kini adalah untuk membantu kejayaan pasukan Pulau Pinang dalam Liga Super”
Mohd Faiz FAIZ sempat bergambar dengan idolanya, Ronaldo. Selepas memahat nama sebagai pemain Asia pertama memenangi Anugerah Puskas, fokus saya kini adalah untuk membantu kejayaan pasukan Pulau Pinang dalam Liga Super”
 ??  ?? FAIZ menerima anugerah yang disampaika­n Ronaldo.
FAIZ menerima anugerah yang disampaika­n Ronaldo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia