Harian Metro

14 DAS BEDIL RUMAH KONTRAKTOR

„ Kontraktor mahu hantar anak ke sekolah terkejut peluru bersepah di luar rumah

- Hadzlihady Hassan hadzlihady@hmetro.com.my

Seorang kontraktor pembinaan menyangka bunyi letupan yang didengarin­ya ketika awal pagi adalah bunyi mercun dilontar remaja nakal di kawasan perumahann­ya di Jalan Ismail Cik Matt, di sini, semalam.

Berikutan itu, lelaki berusia 48 tahun terbabit tidak mempedulik­an bunyi letupan berkenaan dan menyambung tidurnya.

Namun, dia yang keluar rumah jam 6.40 pagi untuk menghantar anaknya ke sekolah terkejut apabila melihat pekarangan luar rumahnya dihujani peluru dan terus menghubung­i polis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalath­rash Wahid berkata, polis kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan hasil siasatan menemui 14 kelongsong peluru 9mm di kawasan rumah mangsa.

Menurutnya, siasatan lanjut melalui kamera litar tertutup (CCTV) mendapati dua lelaki menaiki sebuah motosikal berhenti di depan rumah mangsa dan melepaskan tembakan.

“Bagaimanap­un, tembakan itu tidak mencederak­an mangsa serta ahli keluargany­a dan hasil keterangan daripada lelaki terbabit serta jiran, mereka mendakwa memang mendengar bunyi letupan kira-kira jam 5 pagi.

“Namun, mangsa dan jiran menyangka bunyi terbabit berpunca daripada letupan mercun dan tidak mengesyaki ia sebenarnya adalah tembakan yang dilepaskan suspek,” katanya.

Mior Faridalath­rash berkata, setakat ini polis masih menjalanka­n siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kejadian dan mengesan dua suspek terbabit.

“Hasil keterangan awal, mangsa mendakwa dia mempunyai masalah dengan rakan perniagaan, namun kita masih menjalanka­n siasatan lanjut mengenainy­a.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA polis melakukan siasatan di rumah mangsa yang ditembak di Jalan Ismail Cik Matt, Georgetown, Pulau Pinang.
ANGGOTA polis melakukan siasatan di rumah mangsa yang ditembak di Jalan Ismail Cik Matt, Georgetown, Pulau Pinang.
 ??  ?? POLIS menemui 14 kelongsong peluru 9mm di lokasi kejadian.
POLIS menemui 14 kelongsong peluru 9mm di lokasi kejadian.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia