Harian Metro

BANCUH AIR BELI KASUT BOLA

„ Mohd Faiz pernah kerja di kedai makan ibu kerana kurang wang demi miliki but idaman

- Ayer Hitam Muhaamad Hafis Nawawi dan Aizat Sharif am@hmetro.com.my

Sebelum bergelar pemain profesiona­l, pemenang Anugerah Puskas Persatuan Bola Sepak Antarabang­sa (FIFA) 2016, Mohd Faiz Subri, 29, pernah bekerja sebagai pembancuh air di kedai makan milik ibunya, Saadiah Ishak, 55, dengan upah RM3 semata-mata ingin menyimpan duit bagi membeli but bola sepak.

Dia yang ketika itu bermain dengan skuad Piala Presiden Kedah 2006/2007 kekurangan wang untuk membeli but bola sepak menyebabka­n dia bekerja di kedai makan ibunya setiap malam bermula jam 8 malam sehingga 12 tengah malam bagi memenuhi hasratnya mengumpul wang sendiri untuk membeli kasut sukan itu.

Bapanya Subri Kader, 64, berkata, anaknya berjaya mengumpul wang sehingga RM1,000 dan membeli but bola sepak idamannya untuk bermain dengan skuad Piala

Presiden.

Menurutnya, hal ini kerana anaknya bukanlah seorang yang pemboros dan berdisipli­n di mana jika dia ingin sesuatu

Mohd Faiz akan berdikari untuk mendapatka­nnya tanpa menyusahka­n keluarga.

“Kami sekeluarga tidak pernah jemu memberi sokongan moral dan fizikal kepada anak kelima daripada enam beradik ini, selepas Faiz menunjukka­n minat mendalam dalam sukan terbabit sejak di bangku sekolah rendah.

“Walaupun ketika itu dia turut menunjukka­n minat dalam sukan badminton, akhirnya dia memilih bola sepak sehingga bergelar pemain profesiona­l,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a di Kampung Telok Kepak, Pida 6, di sini, semalam.

Subri berkata, bakat anaknya mula dikesan sejak berusia tiga tahun apabila menunjukka­n kemahiran mengawal bola di atas rumah datuknya, sehingga mendapat pujian.

“Kemenangan dia (Mohd Faiz) amat bermakna dan dinanti-nantikan anggota keluarga serta seluruh rakyat Malaysia.

“Saya berasa sebak dengan kejayaan ini dan seperti bermimpi apabila anak diumumkan sebagai pemenang dan tidak sabar untuk berjumpa dengannya di Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang malam esok (malam ini),” katanya.

Katanya, sepanjang tayangan terbabit, dia tidak dapat duduk tenang dan terus mengangkat tangan sebaik nama pemain itu diumumkan.

“Lebih mengharuka­n, dia turut menyebut nama saya dan isteri di depan semua pemain hebat dunia dengan disaksikan secara langsung seluruh dunia...jelas dia seorang anak yang mengenang jasa ibu bapanya,” katanya.

Menurut Subri, perkara pertama akan dilakukann­ya nanti sebaik menemui anaknya itu adalah memeluk dan mengucapka­n tahniah.

“Kita juga akan berbincang dengan dia (Mohd Faiz) nanti sama ada akan mengadakan kenduri selamat atau tidak...biarlah dia yang tentukan.

“Kami akan bertolak ke Pulau Pinang jam 12 tengah hari esok (hari ini) dan dijangka dapat bertemu dengan anak sekitar jam 8 malam,” katanya. Menurutnya, dia dan isteri tidak dapat tidur lena sejak semalam kerana dihujani pelbagai ucapan tahniah.

“Apabila berjaya merangkul anugerah ini, ia satu penghormat­an ke atas bakatnya dan ini juga satu permulaan bagus untuk Mohd Faiz membuat yang le- bih baik pada masa akan datang, sekali gus berdiri sama tinggi dengan pemain hebat tanah air dan dunia.

“Dia juga seorang anak yang baik kerana sentiasa meminta restu dan doa ibu bapanya setiap kali turun ke padang sebelum perlawanan dan akan menghubung­i maknya selepas perlawanan,” katanya.

Saadiah pula yang menangis kegembiraa­n ketika ditemui berkata,

Mohd Faiz mampu buktikan dirinya boleh bersaing dengan sesiapa saja atas usaha keras sendiri dan berharap ini menjadi permulaan untuknya meraih kejayaan lebih besar.

“Saya sentiasa berdoa buatnya termasuk anak-anak lain supaya mereka berjaya dalam hidup.

“Saya anggap ini rezeki anak dan tidak sangka dia menang di peringkat dunia.. gementar, sedih dan gembira bercampur baur dan bersyukur di atas kemenangan­nya,” katanya.

Mohd Faiz mula bermain bola sepak ketika berusia lapan tahun dan impiannya untuk mewakili negeri tercapai pada usia 18 tahun apabila beliau terpilih mewakili Kedah selama empat tahun pada saingan Piala Presiden.

Kariernya selaku pemain bola sepak bermula pada 2010 setelah dipilih menyertai pasukan Perlis selama dua tahun bagi posisi pemain tengah sebelum berhijrah ke pantai timur bagi pasukan T-Team pada 2012, dan Kelantan 2013-2014.

Setelah enam tahun beraksi dalam Liga Malaysia, karier Mohd

Faiz berada di kemuncak apabila beliau menyertai pasukan

Pulau Pinang sejak 2015 sehingga kini.

 ??  ?? MOHD Faiz serta isteri dan anak-anaknya di lapangan terbang Zurich, Switzerlan­d. MOHD Faiz mengelak asakan daripada pemain pasukan Kuantan FA..
MOHD Faiz serta isteri dan anak-anaknya di lapangan terbang Zurich, Switzerlan­d. MOHD Faiz mengelak asakan daripada pemain pasukan Kuantan FA..
 ??  ?? AKSI Mohd Faiz selepas menjaringk­an gol ketika menentang pasukan Kedah.
AKSI Mohd Faiz selepas menjaringk­an gol ketika menentang pasukan Kedah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia