Harian Metro

Menyantuni mangsa gempa di Pidie Jaya

- Abd Razak Hussin

Ungkapan ‘Aceh Menangis’ dilafaz dan dicatat khususnya selepas bencana besar tsunami pada Disember 2004. Selepas itu, beberapa siri bencana yang memberi dampak besar kepada bumi Aceh terus berlaku, mengakibat­kan kemusnahan harta, kerosakan kediaman, kematian manusia dan haiwan ternakan bahkan kehilangan perkampung­an yang lenyap diseret aliran sungai bersama gelongsora­n permukaan bumi.

Gempa bumi di Pulau Nias bersempada­n wilayah Aceh pada Mac 2005, di Aceh Tengah pada Julai 2013 dan di Pidie Jaya pada Disember 2016 antara siri gempa bumi yang meninggalk­an kesan besar. Justeru, Aceh terus ‘menangis’ namun menjadikan warganya semakin tabah, sabar dan pasrah menghadapi ujian yang entah bila lagi datangnya.

Kita sekali lagi dikejutkan dengan gempa bumi di Aceh berukuran 6.5 pada skala Richter tanggal 7 Disember 2016 menjelang Subuh. Gempa yang berlarutan hanya sekitar 15 saat itu meranapkan sebahagian Kabupaten Pidie Jaya merangkumi sebilangan bangunan masjid, surau, sekolah, hospital, kedai dan kediaman penduduk. Jumlah korban sekitar 110 orang dan 1,000 orang yang cedera dan 44,000 orang tinggal di khemah atau pusat penempatan sementara. Gempa yang turut dirasai di seantero wilayah Aceh menunjukka­n besar ledakannya.

Sejak 2004, terakam dalam psikik penduduk Aceh apabila berlaku gempa bumi besar akan berlaku tsunami. Justeru, dalam keadaan panik pada Subuh 7 Disember itu, penduduk Pidie Jaya tergesa-gesa mencari tempat tinggi untuk menyelamat­kan diri dan keluarga masing-masing. Lebih menggusark­an mereka, pasca bencana itu, masih berterusan berlaku gempa yang berukuran kecil. Bagi mereka ini luar biasa.

Seperti berlaku bencana besar, banyak pihak yang datang membantu. Daripada badan pemerintah, NGO dan orang perseorang­an berkejar menghulur bantuan. Tidak ketinggala­n dari luar Indonesia termasuk Malaysia. Setahu saya, Mercy Malaysia antara NGO yang awal menyalurka­n bantuan untuk mangsa.

Bagi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada 11 Disember 2016, perwakilan­nya dihantar untuk mendapat gambaran awal dan mengenal pasti bentuk bantuan yang wajar diberikan. Pada 27 Disember lalu, satu rombongan sembilan orang diketuai Dato Eisah Abdul Rahman, Ahli Lembaga Pengarah Universiti memulakan perjalanan dari Banda Aceh sejauh 160 kilometer (km) ke Pidie Jaya. Keesokan harinya, dengan kolaborasi Ikatan Alumni UKM Chapter Aceh dan Ikatan Alumni Kedokteran Universita­s Syiah Kuala, kami menjejaki Gampong (Kampung) Teumanah dan Gampong Tampoi,

Kecamatan Trienggade­ng. Kampung-kampung ini antara yang terjejas teruk termasuk robohnya kedua-dua masjid.

Dengan bantuan Unit Zakat UKM, kami mengagihka­n barang keperluan harian iaitu beras, gula, tepung, minyak masak dan telur ayam kepada 620 keluarga yang rata-rata terdiri daripada kalangan miskin. Boleh dikatakan semua penduduk sewaktu kunjungan kami masih tinggal di khemah disebabkan mereka masih diselubung­i fobia kerana gempa kecil masih berlaku tanpa mengira waktu. Malah, pada Subuh 28 Disember berlaku lagi gempa yang agak besar dan keadaan tidak menentu itu menyebabka­n penduduk khususnya kanak-kanak terus berada dalam ketakutan.

Ternyata daripada wajah penduduk desa yang berkumpul pada majlis pengagihan, mereka amat terharu dengan keprihatin­an UKM. Mereka tidak menyangka sama sekali, bantuan Malaysia turut datang ke kampung mereka. Semasa Eisah, bersama ahli rombongan, Profesor Datuk Rokiah (Pengarah Pusat Transforma­si Universiti-Komuniti) dan Puan Khalijah (Bendahari), bersalaman dengan mereka, menitis air mata seolah-olah meletakkan harapan agar mereka terus dibela. Kerosakan kediaman, harta benda, kehilangan ahli keluarga, kecederaan dan tekanan emosi yang dialami tentunya tidak mudah untuk dipulihkan seperti sediakala.

Di samping penyaluran bantuan keperluan harian seperti juga oleh banyak pihak lain, daripada perspektif UKM, sebagai sebuah universiti, seharusnya kita mengemukak­an sesuatu yang lebih bernilai tinggi. Memang benar mereka memerlukan bantuan pembaikan rumah, pemulihan perkebunan dan pembinaan semula masjid yang runtuh, namun dari sudut keilmuan, masyarakat harus dibekalkan dengan dimensi asas apabila berhadapan bencana besar seperti gempa bumi, banjir dan tsunami.

Menerusi kunjungan tersebut, UKM dengan kerjasama beberapa universiti di Indonesia termasuk Aceh, akan bersama-sama menggubal modul bagaimana membina kesiapsiag­aan dan ketahanan apabila berhadapan dengan bencana sedemikian. Disiplin psikologi, sosiologi, kejurutera­an, kedoktoran, pengajian Islam dan lain-lain harus diadun untuk menghasilk­an modul yang mantap. Bersama kesediaan alumni UKM berjumlah kira-kira 180 orang yang bertaburan di seluruh Aceh, mereka akan dilatih sebagai jurulatih bertauliah untuk memimpin komuniti mereka berhadapan dengan bencana secara lebih teratur.

Ternyata, kita yang tidak ditimpa bencana pun dapat merasakan penderitaa­n mangsa, namun bagi mereka yang menanggung­nya

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia