Harian Metro

Kepala gengster tahi kucing!

-

Kuala Lumpur: Berani menunggang motosikal tanpa lesen sah dengan alasan kononnya dia ‘kepala’ gengster terkenal di Cheras.

Itu tindakan biadab seorang lelaki berusia 22 tahun yang berlagak samseng selain mencabar pihak polis menahannya.

Lelaki itu akhirnya ditahan dalam Op Roda dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, di Jalan Yaakob Latif, di sini, jam 1.15 tengah hari kelmarin.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, suspek yang juga pekerja hotel terbabit meninggika­n suaranya ketika anggota polis memintanya menunjukka­n lesen memandu.

“Suspek memberitah­u dia tidak mempunyai lesen memandu.

“Ketika anggota polis mahu mengambil tindakan saman, lelaki terbabit memberitah­u dia adalah ketua gengster di Cheras selain mencabar anggota polis memanggil ketua polis trafik ke lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya, susulan itu, lelaki terbabit ditahan dan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk tindakan lanjut.

“Pemeriksaa­n ke atas suspek mendapati dia memiliki 11 tatu di badan dan kes disiasat mengikut Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan

1966,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembang­an lain, Mohd Nadzri berkata, pihaknya turut menahan sebuah kereta Perodua Myvi dipandu seorang lelaki kerana menggunaka­n lampu mata arah, Sabtu lalu.

Beliau berkata, pemandu itu didapati mengekori rapat kenderaan digunakan anggota polis ketika menjalanka­n rondaan Cegah jenayah di Jalan Syed Putra di sini, jam 10.45 malam.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati, pemandunya tidak mempunyai lesen. Pihak polis kemudian membawa pemandu dan penumpang wanita ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

 ??  ?? LELAKI yang mendakwa kepala gengster Cheras ditahan polis trafik.
LELAKI yang mendakwa kepala gengster Cheras ditahan polis trafik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia