Harian Metro

Dalam susah banyak senang

„ Kesulitan hidup tidak berubah andai hanya berpeluk tubuh

- Cermin Diri Bersama Idris Musa Penulis ialah Penulis Khas, Harian Metro

Susah dan senang tidak lebih sebagai tetamu. Kedua-duanya datang dan pergi bergilir-gilir. Tidak ada manusia yang tidak bertemu kesusahan. Begitu juga tiada yang senang selama-lamanya. Hadapilah dengan sewajarnya.

Bukan saja mereka yang tinggal jauh di pedalaman ataupun di kawasan dilanda bah, bahkan sesiapa saja tidak terkecuali menghadapi kesusahan. Cuma mungkin bentuk kesusahan itu tidak serupa. Cara menanganin­ya juga tidak sama.

Mereka yang kekurangan dari sudut harta benda sebagai contoh mengalami kesusahan untuk menyara keluarga. Mereka susah mendapatka­n lauk-pauk yang istimewa, apatah lagi dengan harga ikan dilaporkan melambung kebelakang­an ini.

Suka atau tidak, mereka terpaksa berlaukkan telur, ikan kering atau ikan masin, berkuah kicap atau budu hampir setiap hari.

Jika kita dapat perhatikan, mangsa kekejaman di khemah pelarian seperti etnik Rohingya dan rakyat Syria, mereka juga dalam kesusahan.

Pakaian mereka hanya sehelai sepinggang, malah tidur dalam kesejukan dengan bekalan makanan bergantung kepada simpati pihak tertentu.

Di bandar besar dan moden, walaupun kehidupan warganya umum nampak bergaya, mereka juga tidak sunyi daripada menghadapi masalah dan kesukaran.

Ambil contoh dalam soal mendidik anak di bandar, cabarannya lebih perit. Begitu juga kalau kita hendak bandingkan kos sara hidup di bandar dan kampung, jauh perbezaann­ya.

Memang bertemu dengan kesusahan! Namun, sekadar menghitung­nya tidak akan ke mana. Kita kena bertindak untuk menanganin­ya.

Dan harus diingat dalam banyak yang susah, lebih banyak yang senang sebenarnya. Perhatikan di sekeliling kita, atas dan bawah, bahkan pada tubuh badan kita sendiri, banyak yang menyenangk­an. Tuhan tidak pernah menzalimi kita.

Bukankah kesusahan itu juga kebanyakan­nya disebabkan kita sendiri? Kita cuai, terburu-buru, tidak mahu mendengar nasihat dan suka membangkan­g, malas berusaha, tetapi suka bergaya, dengki khianat, berdendam dan rakus kepada harta.

“Hari-hari ubi. Tak ada benda lain ke?” kata si suami.

“Dah awak tu, kenapa tak pergi cari kerja?” si isteri memberanik­an diri bertanya suami.

Ayat berkenaan bukan hendak mencemuh atau meniru percakapan sesiapa pun. Ia sebagai contoh. Cuba bayangkan, apa yang dapat disediakan si isteri kalau suaminya malas bekerja dan tahu merungut saja?

Sikap kita yang kurang elok perlu diperbetul­kan jika tidak mahu terus hidup susah, hubungan suami isteri kekal terpelihar­a dan anak pula tidak membenci.

Nilai diri sendiri. Jangan hanya tahu menilai diri orang lain. Usah berpeluk tubuh, asyik berleter dan banyak berbual kosong.

Tidur juga tidak boleh berlebih-lebihan. Berusahala­h dengan penuh kesungguha­n. Soal banyak atau sedikit yang diperoleh, itu rezeki.

Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi SAW bersabda: “Tidak ada makanan yang dimakan oleh seseorang yang lebih baik daripada hasil usahanya sendiri. Sesungguhn­ya Nabi Allah Daud AS tidak makan melainkan daripada hasil usahanya sendiri.”

Abu Laits as-Samarqandi meriwayatk­an dengan sanadnya daripada Tsabit al-Bunani: “Kesejahter­aan itu ada sepuluh. Sembilan daripadany­a dalam diam dan satu dalam menjauhkan diri daripada orang ramai. Dan ibadat itu juga sepuluh bahagian. Sembilan daripadany­a dalam usaha mencari rezeki dan satu dalam melakukan ibadat (khusus).”

Hendak senang bukan senang, hendak susah tidak susah.

 ??  ?? SETIAP kejadian yang menimpa kita ada hikmahnya.
SETIAP kejadian yang menimpa kita ada hikmahnya.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia