Harian Metro

Sampai ugut cucuk mata

„ Wanita OKU takut keluar rumah cari rezeki selepas dituduh menipu

- Ernalisa Othman am@hmetro.com.my

“Saya takut nak keluar cari rezeki apabila ada yang ugut mahu cucuk mata saya dengan garpu,” kata wanita orang kurang upaya (OKU) rabun teruk, Noraslinda Rajoni, 42, selepas gambarnya menjual tisu dengan tongkat orang buta dan video dia memasukkan sejumlah besar wang di sebuah bank menjadi kecaman netizen.

Lebih membebanka­n, ibu kepada empat anak itu langsung tidak keluar rumah menjalanka­n aktiviti yang menjadi sumber pendapatan itu selepas wajahnya dipaparkan di media sosial.

“Lepas video saya tular, saya jadi takut sebab ada yang nak cucuk mata saya kerana ingat saya menipu.

“Macam mana saya nak cari rezeki sedangkan saya masih ada anak yang perlu ditanggung,” katanya yang tampil menafikan dakwaan yang tular di laman sosial kononnya dia menipu menjadi buta dan mengaut keuntungan hasil menjual tisu di sekitar bandar raya ini.

Noraslinda dari Kampung Aman, Larkin, di sini, berkata, dia menghadapi masalah penglihata­n sejak dilahirkan kerana arwah bapanya, Rajuni @ Rajimin Moin, 70, dan ibunya, Asiah Mahmod, 67, juga OKU penglihata­n.

Malah, tiga daripada empat cahaya matanya mengalami masalah sama.

Noraslinda juga mengakui ada memasukkan wang RM14,000 ke dalam akaun miliknya di sebuah bank di Bandar Baru Uda, 30 Disember lalu, namun semua bukan miliknya.

“Duit saya hanya RM3,000 saja selebihnya adalah duit anak kedua saya yang juga menjual tisu serta duit kawan OKU yang turut menumpang menyimpan dalam akaun saya.

“Kalau nak kata saya menipu buta itu adalah fitnah kerana saya ada kad OKU dan tidak menipu orang ramai dengan meminta sedekah sebaliknya menjual tisu yang saya beli dengan modal lebih RM500,” katanya ketika menjelaska­n perkara berkenaan, semalam.

Noraslinda berkata, dia mencari rezeki dengan menjual tisu sejak 17 tahun lalu dan menganggap ia bukanlah satu kesalahan.

“Saya bukan mengemis duduk tepi jalan dan menipu orang ramai. Tapi saya jual tisu yang gunakan modal dan biasanya saya beli empat kotak tisu pukal dengan harga RM400,” katanya.

Katanya, satu laporan turut dibuat di Balai Polis Larkin pada 6 Januari lalu sebaik menyedari wajahnya menjadi tular di media sosial kononnya menipu sebagai orang buta untuk mengemis.

Kejadian itu turut memberi kesan kepada anak ketiganya, Siti Nor Amyliya Natasha Jafri, 20, sehingga enggan ke kolej kerana malu dan bimbang keselamata­n ibunya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Amal Pembanguna­n Usahawan OKU Penglihata­n (PERKUM) Malaysia, Mohammad Faiz Asangku Abdullah berkata, pihaknya kesal dengan tindakan kakitangan bank berkenaan yang mengambil gambar dan mendedahka­n butiran peribadi milik pelanggann­ya.

 ?? FOTO: NURUL AMANINA SUHAINI ?? NORASLINDA (tiga dari kiri) bersama Mohammad Faiz (dua dari kanan) menunjukka­n bukti kad OKU (gambar kecil) dan salinan laporan polis yang dibuat.
FOTO: NURUL AMANINA SUHAINI NORASLINDA (tiga dari kiri) bersama Mohammad Faiz (dua dari kanan) menunjukka­n bukti kad OKU (gambar kecil) dan salinan laporan polis yang dibuat.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia