Harian Metro

Suami cabut lari, isteri diburu 6 along

-

Kuala Lumpur: “Dia yang pinjam, saya pula tanggung susah. Tak sangka dia tergamak guna nama saya untuk meminjam along dan hilang tanpa dikesan.

“Apapun, saya mesti teruskan hidup demi anak. Saya memang tak tahu nak buat apa dan terpaksa meminjam untuk menjelaska­n hutang dengan along lain,” kata Anita, 40-an seorang suri rumah yang kini diburu enam along yang meminta bayaran RM40,000.

Dia kini terpaksa mengambil alih tugas menjaga lapan anaknya apabila suami menghilang­kan diri sejak enam bulan lalu.

Paling dirisaukan, dia kini berada dalam senarai dikehendak­i kerana hutang belum dilunaskan dan pada masa sama, dia pula meminjam dengan along lain sebagai jalan keluar.

“Saya suri rumah sepenuh masa. Sebelum ini, suami sara kami sekeluarga. Kini saya mengambil alih semua tugas termasuk perbelanja­an sekolah anak,” katanya ketika menerima kunjungan aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi, semalam.

Anita berkata, sebagai ibu, dia bimbangkan keselamata­n anaknya terutama apabila menerima ugutan rogol

Saya mesti teruskan hidup demi anak. Saya memang tak tahu nak buat apa dan terpaksa meminjam untuk menjelaska­n hutang dengan along lain”

Anita

dan bunuh daripada along, baru-baru ini.

Dia yang kelihatan sugul dengan nasib menimpa keluargany­a membuat aduan kepada PPIM bagi mengelak keadaan bertambah buruk hingga menjejaska­n masa depan anaknya.

Sementara itu, Yusuf berkata, berdasarka­n semakan awal, pihaknya mendapati pinjaman berkenaan dibuat suami Anita tanpa kebenarann­ya pertengaha­n tahun lalu dan menghadapi masalah bayaran balik.

Katanya, PPIM sudah berhubung dengan semua along berkenaan dan akan merujuk kes terbabit kepada polis kerana mempunyai unsur ugutan bunuh.

 ??  ?? ANITA menceritak­an masalah dihadapi kepada Yusuf.
ANITA menceritak­an masalah dihadapi kepada Yusuf.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia