Harian Metro

Dituduh tipu diKL pula

-

Kuala Lumpur: Selepas didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru kelmarin, seorang ahli perniagaan sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas pertuduhan menipu berhubung pelaburan pajakan bilik hotel di Makkah membabitka­n kerugian lebih RM320,000 antara November 2015 dan Jun tahun lalu.

Tertuduh, Sheikh Saidey Nor Sheikh Abdul Rahman, 43, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah dan memohon dibicaraka­n sebaik pertuduhan terhadapny­a dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.

Mengikut pertuduhan, Sheikh Saidey didakwa menipu dengan memperdaya seorang pengarah syarikat, Mohd Ismail Norbat melalui penama Nor Hazeerena Hamdan dengan menawarkan pajakan bilik hotel di Makkah yang tidak wujud.

Perbuatan itu mendorong mangsa memasukkan wang berjumlah RM324,300 ke dalam akaun Nor Hazeerena sebelum dipindahka­n ke lapan akaun yang diuruskan tertuduh.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Maybank Desa Pandan, di sini, antara 27 November 2015 dan 30 Jun tahun lalu dan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarka­n jaminan dan menetapkan 14 Februari ini sebagai sebutan semula kes.

Kelmarin, tertuduh bersama isterinya, Sofia Affendi, 42, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan memperdaya dan bersubahat berhubung pelaburan pajakan hotel di Makkah serta Madinah membabitka­n kerugian hampir RM600,000, dua tahun lalu.

 ??  ?? LAPORAN Harian
Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia