Harian Metro

TITIPAN KASIH SAYANG

-

Kuala Lumpur

“Perjalanan kita bersama pasti berterusan tahun depan (2017), dengan kecekalan, keazaman yang lebih kuat dan semangat harmoni yang unik kepada kita di sini di Sarawak.”

Begitulah catatan terakhir Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dalam laman Facebook pada jam 12.36 tengah hari, 24 Disember lalu.

Adenan yang meninggal dunia di Kuching semalam turut menyentuh faktor keluarga, rakyat dan negeri Sarawak sebagai tiga elemen paling penting dalam fasa kehidupann­ya seperti menggambar­kan 2016 sudah membawa beberapa perubahan utama untuk membentuk Sarawak ke arah lebih baik demi generasi akan datang.

Tiada siapa dapat menafikan hakikat itu kerana hati Adenan yang lebih dikenali sebagai Tok Nan dan Apai (ayah) Besar sentiasa dekat dengan semua eleman terbabit.

Allahyarha­m juga tidak pernah lupa elemen kekeluarga­an apabila menyebut “semasa musim perayaan ini, luangkan sedikit masa untuk menikmati perkara yang mudah dalam kehidupan.

“Banyakkan memberi daripada apa yang kita ambil. Ambil kesempatan ini untuk berhubung dengan orang lain dengan cara yang istimewa dan menjana kekuatan daripada perbezaan kita”.

Catatan terakhir Allahyarha­m di @cmadenansa­tem.

Beliau turut memuat naik gambar kenangan bersama isteri tercinta Puan Sri Jamilah Anu di hadapan replika pokok krismas gergasi.

Sementara itu, Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang berkongsi kesedihan dengan seluruh rakyat negeri itu turut mengimbau kata-kata Adenan.

Katanya, Adenan yang dianggap sebagai pemikir strategik, ahli politik yang pintar dan penuh berseni pernah berkata: “Beliau hidup dengan masa yang dipinjamka­n oleh Tuhan, dan beliau tidak mempunyai agenda lain, kecuali untuk memastikan Sarawak akan menjadi lebih maju dengan mendapatka­n sumber daripada Kerajaan Persekutua­n.

“Sifat beliau yang pendiam dan tidak banyak kerenah, tetapi tegas serta berpegang teguh dengan apa yang beliau percaya sebagai betul, boleh dijadikan model untuk dicontohi ahli politik muda,” katanya yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta Ahli Parlimen Kota Marudu.

Bagi ahli akademik yang sering mengkritik dan menghargai Adenan iaitu pensyarah Universiti Malaysia Sarawak, Prof Madya Dr Jeniri Amir, pemergian pemimpin kesayangan rakyat Sarawak yang berbilang kaum dan agama adalah pergi ‘terlalu awal’ ketika rakyat negeri itu masih lagi memerlukan khidmatnya untuk terus membawa kemajuan dan perubahan di Sarawak.

“Allahyarha­m pergi terlalu awal, ketika rakyat Sarawak masih lagi amat memerlukan beliau untuk memperjuan­gkan nasib rakyat yang berbilang bangsa dan agama.

“Secara peribadi saya anggap beliau ibarat lilin, untuk menerangi masa depan rakyat Sarawak, beliau sanggup mengambil risiko dengan keadaan kesihatann­ya,” katanya kepada Bernama.

Adenan, 72, meninggal dunia di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan, Kuching, semalam, 16 hari sebelum hari lahirnya yang ke-73.

Beliau adalah Ketua Menteri Sarawak yang kelima selepas mengambil alih tugas daripada Tun Abdul Taib Mahmud pada 28 Februari 2014.

 ??  ?? JALUR Gemilang dan bendera negeri Sarawak dikibarkan separuh tiang di kediaman Allahyarha­m Adenan.
JALUR Gemilang dan bendera negeri Sarawak dikibarkan separuh tiang di kediaman Allahyarha­m Adenan.
 ??  ?? JAMILAH (tengah) mengiringi jenazah Allahyarha­m Adenan dari Pusat Jantung, Hospital Umum Sarawak.
JAMILAH (tengah) mengiringi jenazah Allahyarha­m Adenan dari Pusat Jantung, Hospital Umum Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia