Harian Metro

Hilangnya seorang sahabat

-

Petrajaya: “Saya bukan sekadar mengenalin­ya sebagai rakan politik dan Ketua Menteri, tetapi persahabat­an kami terjalin sejak puluhan tahun lalu kerana berasal dari Kampung Bandarsah, Satok.

“Lebih mengejutka­n, Allahyarha­m sempat berseloroh ketika saya bersama Datuk Douglas (Uggah Embas) ketika kami melawatnya semalam (kelmarin) dan keadaannya baik,” kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Abang Openg.

Abang Johari berkata, pemergian Adenan bukan saja satu kehilangan kepada arena politik, tetapi lebih penting ketokohan pemimpin itu menangani isu rakyat Sarawak akan terus diingati.

Menurutnya, sehingga kini berita pemergian Adenan begitu mengejutka­n walaupun umum mengetahui tahap kesihatann­ya semakin menurun sejak akhir ini.

“Pemergian Adenan adalah satu kehilangan besar kepada Sarawak memandangk­an beliau adalah pemimpin yang mempunyai pengalaman luas kerana berkhidmat dalam pentadbira­n Kerajaan Pusat dan negeri.

“Sepanjang memimpin negeri ini, Adenan membawa banyak perubahan ke arah menjadikan Sarawak lebih stabil,” katanya dalam sidang media khas di Wisma Bapa Malaysia, di sini, semalam.

Beliau berkata, rakyat Bumi Kenyalang pasti terkenang segala jasa dan pengorbana­n Adenan selama ini khususnya dalam rundingan bersama Kerajaan Pusat bagi mendapatka­n semula

hak Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia