Harian Metro

Drebar teksi penyamun

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

„ Penumpang wanita ketakutan, serah barang berharga

„ Mangsa lolos ketika suspek berhenti isi minyak

Seorang penumpang wanita yang dirompak pemandu teksi dinaiki sempat melarikan diri ketika suspek berhenti mengisi petrol di sebuah stesen minyak.

Mangsa wanita warga Indonesia berusia 40 tahun itu diugut suspek menyerahka­n wang dan barang berharga ketika menaiki sebuah teksi di Jalan Persiaran Mahogani, Sri Damansara, di sini, kira-kira jam 3 petang, 31 Disember lalu.

Mangsa yang ketakutan terpaksa menyerahka­n wang tunai, barang kemas dan telefon bimbit yang dianggarka­n bernilai RM8,000.

Bagaimanap­un suspek berusia 27 tahun akhirnya ditahan polis di sebuah rumah di Jalan 6/16D, Jinjang Utara, Kuala Lumpur, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, mangsa menaiki teksi bersama dua rakannya untuk pergi ke sebuah pasar raya di Kepong pada hari kejadian.

“Sebaik tiba di Gombak, pemandu teksi mengarahka­n dua rakan mangsa supaya keluar dari dalam kenderaan itu sebelum dia meneruskan perjalanan ke lokasi tidak diketahui. Suspek kemudian memaksa mangsa menyerahka­n wang tunai dan barang berharga di bawa.

“Mangsa yang ketakutan menyerahka­n wang tunai berjumlah RM2,000, pelbagai barang berharga dan pasport miliknya,” katanya.

Beliau berkata, suspek kemudian berhenti di sebuah stesen minyak sebelum mangsa mengambil kesempatan untuk melarikan diri dan meminta pertolonga­n daripada orang awam.

“Mangsa juga sempat mengambil kad pemandu teksi milik suspek. Penjenayah yang menyedari mangsa meminta bantuan orang ramai bertindak melarikan diri menggunaka­n teksi,” katanya.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, pihaknya mengesan suspek dan menahannya di sebuah rumah bersama barang milik mangsa dan teksi dipandu.

“Reman terhadap suspek dipohon hari ini (semalam) untuk siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan. Siasatan dilakukan sama ada suspek mempunyai kaitan dengan kes lain” katanya.

Harian Metro sebelum ini turut pernah melaporkan tindakan seorang pemandu teksi mengenakan tambang RM800 bagi perjalanan sejauh enam kilometer terhadap dua pelancong Perancis bulan lalu.

 ??  ??
 ??  ?? TEKSI yang digunakan suspek.
TEKSI yang digunakan suspek.
 ??  ?? ANTARA barangan yang dirampas daripada suspek.
ANTARA barangan yang dirampas daripada suspek.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia